PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar sebelum layak dianugerahkan diploma Ukur Bangunan. Setiap pelajar akan ditempatkan samaada di jabatan kerajaan atau syarikat swasta selama 1 semester dan akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar.
Latihan industri adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aspek amalan dan amalan dalam masyarakat. Dalam bidang Ukur Bangunan, latihan industri membolehkan pelajar mempraktikkan pengetahuan serta pertimbangan mereka dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Juruukur. Selain itu, pelajar juga dapat melibatkan diri secara langsung dalam kesemua proses atau prosedur kerja.
Juruukur Bangunan merupakan skop kerja yang melibatkan pengawalan kualiti bangunan,secara umumnya juruukur bangunan akan menjalankan kerja-kerja menyemak, meneliti, mengintegriti dan memeriksa pelan-pelan bagi semua jenis bangunan (sama ada yang baru, lama, dibina semula atau diubah suai) agar selaras dengan kehendak undang-undang/peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.
Seterusnya menjalankan pemeriksaan bangunan, juruukur bangunan melaksanakan tugas-tugas ukur kondisi dan menyediakan laporan yang berkaitan. Tugas tersebut dilaksanakan secara saintifik (patologi bangunan) untuk mengenali sebab dan kesan kecacatan ke atas bangunan, di samping menyediakan kaedah pembaikan serta penilaian kos membaiki.
Penyenggaraan bangunan, juruukur bangunan juga boleh memberikan khidmat nasihat reka bentuk cegah kecacatan, pengurangan masalah penyenggaraan dan pemanjangan jangka hayat bangunan supaya kecacatan yang sama tidak berulang.
Kualiti bangunan, juruukur bangunan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan audit bangunan lepas siap bagi tujuan menyemak standard kualiti sebelum projek diserahambil oleh pemaju dari kontraktor atau sebelum sijil siap pratikal dan sijil layak duduk bangunan (CF) dipohon oleh pemaju daripada PBT dan juga sebelum serahambil bangunan oleh pembeli dari pemaju (serah kunci). Ini bertujuan supaya pembeli akan mendapat bangunan yang sempurna siap dan boleh diduduki dengan selesa.
Di samping itu, ia juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai struktur organisasi jabatan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam firma. Dan yang paling utama ialah memberi peluang pelajar untuk mengaplikasikan segala pembelajaran yang telah dituntut d UiTM sebelum ini.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Setiap penuntut di Universiti Teknologi Mara diwajibkan lulus dalam latihan ini untuk membolehkan pelajar menyambung semula pengajian mereka pada semester seterusnya. Ia merupakan program bagi pelajar semester kelima untuk pelajar diploma. Latihan industri yang dilaksanakan mempunyai beberapa tujuan yang perlu dicapai oleh pelajar UiTM. Di antaranya ialah :
Memberi pendedahan kepada para pelajar akan suasana pekerjaan yang sebenar.
Memberi peluang kepada para pelajar UiTM untuk mempraktikkan setiap teori yang dipelajari dalam melaksanakan setiap tugasan yang di pertanggungjawabkan.
Para pelajar dapat meningkatkan kemahiran individu serta pengalaman bekerja.
Melatih para pelajar dalam berhadapan dengan majikan dan rakan- rakan serta mewujudkan suasana komunikasi yang positif.
v. Meningkatkan disiplin setiap peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat / Firma dan peraturan UiTM yang sedia ada.
Menyediakan laporan latihan industri mengikut peraturan yang ditetapkan.
vii. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan silaturahim yang lebih erat di antara satu sama lain.
Dapat membina daya kreativiti dan menyumbangkan buah fikiran yang bernas dan bermutu untuk organisasi.
Dapat mendedahkan kepada pelajar tentang struktur organisasi jabatan dan mengenai peranan dalam jawatan tertentu di dalam sesebuah organisasi atau firma berkenaan.
Mewujudkan hubungan dua hala antara UiTM dengan organisasi atau firma dimana pelajar ditempatkan untuk kebaikan dan manfaat bersama.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN
Laporan latihan industri wajib dibuat oleh setiap pelajar yang telah tamat membuat latihan ini, ia mestilah dicatat setiap aktiviti yang dilakukan semasa latihan ini dijalankan. Aktiviti yang dikemukakan mestilah benar dan munasabah samada melibatkan pengurusan pejabat mahupun kemahiran teknikal yang dipelajari. Antara objektif bagi setiap laporan yang dibuat ialah :
i. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan
Setiap aktiviti yang dilakukan dapat direkodkan ke dalam laporan yang dibuat. Laporan yang dibuat dapat dijadikan rujukan apabila perlu.
ii. Menjadi bukti latihan yang dilakukan oleh pelajar
Ia dapat mengelakkan pelajar membuat sesuatu dengan sambil lewa dan tidak akan mempraktikkan latihan yang telah dilakukan selama 1 semester. Ia juga dapat menunjukkan kesungguhan pelajar itu dalam melaksanakan laporan yang dibuat.
iii. Membantu pelajar di masa hadapan
Dengan adanya laporan ini akan membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan setelah selesai belajar. Ia akan menjadi bahan rujukan untuk mengetahui pengalaman yang ada pada pelajar tersebut.
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri yang dijalankan mempunyai kepentingan yang tertentu. Antara kepentingannya ialah :
Para pelajar yang menjalani latihan industri akan dapat merasai suasana alam pekerjaan disamping melatih diri untuk bekerja apabila tamat belajar.
Ia juga menjadikan pelajar itu lebih mahir dalam berinteraksi sosial dengan menghadapi pelbagai ragam dan juga kerenah manusia serta dapat menanam semangat kerja berpasukan.
Latihan yang mewajibkan ini juga dapat menjadikan pelajar itu berdisplin dan bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan.
Latihan industri ini akan menjadikan pelajar lebih bersikap positif ke atas diri sendiri dan menjadikan dirinya sebagai contoh atau model kepada orang lain.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif laporan adalah sebagai garis panduan ke atas penyelidikan yang akan di jalankan untuk mencapai matlamat kajian iaitu kajian keatas penggunaan bahan binaan dan perlu memberikan pemahaman yang lebih terperinci berkaitan pembinaan yang dijalankan oleh pihak syarikat dan juga pihak kontraktor.
1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian ditentukan pada peringkat awal supaya memudahkan untuk pengumpulan maklumat secara menumpu berdasarkan bidang, kawasan, aspek yang ditetapkan supaya objektif yang dirangka dapat dicapai dalam kajian. Skop kajian yang dibuat ialah pembinaan projek dan bahan yang digunakan.
1.7 KAEDAH KAJIAN
Bagi memenuhi objektif kajian, beberapa kaedah pengumpulan data telah dijalankan. Setelah itu, analisa dilakukan keatas data-data yang diperolehi. Kajian dimulakan dengan kajian literatur dan diikuti oleh pengumpulan data daripada tapak bina. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisa berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Beberapa pihak telah ditemuramah iaitu pengurus projek, jurutera projek penyelia tapak bina dan pihak kontraktor.
1.7.1 PENGUMPULAN DATA
Bagi kajian ini, pengumpulan data dibahagikan kepada dua peringkat yang melibatkan dua jenis data yang saling berkaitan antara satu sama lain. Data-data yang terlibat ialah data sekunder dan data primer. Data sekunder adalah penting bagi memenuhi objektif utama, manakala data primer sebagai asas untuk mendapatkan keputusan bagi memenuhi objektif kedua dan ketiga.
1) Data sekunder
Data sekunder mestilah dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatu kajian dijalankan. Data-data tersebut dijadikan panduan dan memberikan gambaran secara teori tentang tajuk kajian bagi memenuhi objektif pertama iaitu mengkaji pengunaan bahan binaan di tapak bina. Data-data tersebut boleh diperolehi daripada bahan bercetak seperti buku, majalah, kertas seminar, keratan akhbar, journal, laporan dan tesis-tesis yang lepas. Bahan-bahan ini perlu untuk mengukuhkan asas kaedah yang dijalankan dalam kajian ini.
i. Bahan bacaan
Bahan yang berkaitan dengan pengurusan pembinaan dan bahan binaan seperti buku rujukan, journal, tesis, majalah dan sebagainya.
ii. Media elektronik
Bahan daripada laman web yang boleh diguna pakai dalam membantu membuat kajian. Berdasarkan kajian ini, data daripada maklumat sampingan akan digunakan sebagai rujukan untuk mendapatkan data daripada maklumat utama. Ini kerana, persoalan akan ditujukan berdasarkan teori dan maklum balas yang diterima adalah yang dipraktikkan di tapak bina. Data-data yang diperolehi tersebut akan digunakan untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan.
2) Data primer
Data primer ialah data asal kajian yang dikumpulkan untuk membuat analisa dan mendapatkan keputusan kajian. Ini boleh diperolehi melalui pemerhatian di tapak, temuramah dengan pihak atau individu yang terlibat. Data primer boleh digunakan untuk mengetahui bentuk dan kaedah penggunaan bahan binaan yang diamalkan di tapak bina.
i Pemerhatian di tapak bina
Pemerhatian perlu dibuat terlebih dahulu di sesebuah tapak bina bagi mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang penggunaan bahan binaan di tapak bina. Kaedah ini penting bagi pengumpulan data, gambar diambil bagi mengukuhkan segala pemerhatian yang telah dibuat.
ii Temuramah
Temuramah dilakukan dengan menemuramah pihak terlibat yang telah menguruskan bahan binaan di tapak bina. Cara ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci yang berkaitan dengan pengurusan bahan yang diamalkan di tapak bina tersebut. Pegawai yang terlibat dalam menguruskan bahan binaan di tapak bina terdiri daripada pengurus projek, jurutera projek dan penyelia tapak bina.
iii Analisa data
Data yang diterima daripada temubual akan di analisa dengan menggunakan kaedah tertentu bagi mendapatkan keputusan dan kesimpulan. Analisa dibuat bagi menentukan bentuk dan kaedah penggunan bahan binaan yang diamalkan di tapak bina.
BAB 2
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
Gambar 2.1 (Pejabat Perbadanan Pembangunan Perumahan HDC, MIRI)
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)
Perumahan adalah salah satu daripada keperluan asas manusia dan ianya merupakan kompenan terpenting dalam aspek sosial manusia. Impian rakyat ialah untuk memiliki rumah mereka sendiri sebagai tempat perlindungan dan juga tempat membesarkan keluarga mereka. Walau bagaimanapun tidak semua rakyat mencapai impian mereka ini disebabkan kekurangan kemampuan dan juga pendapatan yang rendah.
Perumahan juga penting di dalam menilai pembangunan sosioekonomi penduduk kerana ianya sering dikaitkan dengan status dan kedudukan manusia dalam masyarakatnya . oleh yang demikian, SPPS selaku agensi kerajaan yang ditugaskan untuk pembangunan perumahan di negeri Sarawak bercadang untuk membekalkan perumahan kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada penduduk yang berpendapatan rendah yang tinggal di Bandar dan di luar Bandar.
2.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SPPS
Tugas-tugas dan tanggungjawap SPPS seperti yang digariskan oleh ordinan perumahan dan pembangunan 1971 adalah seperti berikut: -
a) Untuk membuat dan melaksanakan cadangan-cadangan,pelan-pelan dan rancangan-rancangan untuk:-
1) Mendirikan, menukar, membaiki dan membesarkan perumahan dan lain-lain tempat kediaman.
2) Membangun semula kawasan-kawasan sesak.
3) Membangun semula kawasan-kawasan yang diarahkan oleh semua menteri perumahan.
4) Membangunkan kawasan luar Bandar dan kawasan-kawasan pertanian untuk penduduk-penduduk yang terpaksa dipindahkan disebabkan oleh operasi SPPS ataupun projek penempatan semula karajaan yang diluluskan oleh menteri perumahan.
5) Untuk mengurus semua tanah, rumah, bangunan atau hartanah yang lain yang dimiliki atau diserahkan kepada SPPS.
6) Untuk menjalankan semua kajian dan penyiasatan yang perlu untuk menjayakan tugas-tugas dan tanggunjawap.
7) Dengan persetujuan menteri perumahan, untuk menyediakan pinjaman yang dikenakan faedah untuk membolehkan seseorang membeli tanah yang telah sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Tanah tersebut hendaklah dicagarkan kepada SPPS.
8) Uuntuk melaksanakan perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk membolehkan SPPS menjalankan tugas.
9) Tanggungjawap serta tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Menteri Perumahan.
Dengan adanya peruntukan di dalam ordinan yang mengariskan tugas-tugas dan tanggungjawap SPPS, maka SPPS berusaha untuk membekalkan perumahan secukupnya kepada semua lapisan mayarakat terutamanya penduduk berpendapatan rendah yang tinggal didalam Bandar dan di luar Bandar melalui program-program yang dirancang oleh SPPS.
2.3 JENIS-JENIS PROJEK
Perlaksanaan projek terbahagi kepada beberapa jenis skim mengikut keperluan penduduk setempat.
a) Rancangan perumahan rakyat (RPR)
Dibawah skim RPR, suruhanjaya perumahan dan pembangunan sarawak (SPPS) adalah bertanggungjawap membangun sesebuah projek dari awal hingga akhir, iaitu dari pencarian tapak hingga ke pembinaan rumah dan memberi pinjaman kepada pemohon-pemohon yang terpilih.
Program ini berharga dalam lingkungan RM32,000 dan sasarannya ialah penduduk yang berpendapatan dalam julat RM600-RM1000 sebulan. Selain dari rumah kos rendah, rumah kos senderhana dan mahal juga dibina untuk mengimbangi pembangunan. Program ini khususnya dilaksanakan dibandar-bandar utama di Sarawak.
b) Rancangan Penempatan semula (RPS)
Dibawah skim ini, SPPS adalah ditugaskan untuk menyediakan rumah di kawasan yang diperuntukan oleh kerajaan bagi menempatkan semula penduduk-penduduk yang tanah mereka terlibat dalam rancangan pembangunan.
c) Rancangan Pertapakan dan kemudahan (SPK)
Di bawah skim ini, SPPS akan menyediakan tapak-tapak rumah yang mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti jalanraya, api dan air untuk membina rumah mereka. Pinjaman sebanyak RM13,000/- untuk membina rumah dan membeli lot kosong dibeli kepada para peserta yang berpendapatan didalam julat RM250-RM600 sebulan.
d) Pinjaman kepada perseorangan (PKP)
Di bawah skim ini,SPPS akan memberi pinjaman maksimum sebanyak RM10,000/- dalam bentuk bahan binaan kepada mereka yang terpilih untuk skim pemberian lot (Block Alienation Scheme) yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
e) Rancangan Rumah Kedai (RRK)
SPPS juga mendirikan rumah-rumah kedai untuk memenuhi keperluan para penghuni projek-projek perumahannya.
f) Rancangan rumah panjang rakyat (RRPR)
Skim ini terbahagi kepada dua jenis, pinjaman penuh di mana SPPS akan membuat pelan dan membina rumah melalui tender dan kontrak, dan pembaikan/ ubahsuai di mana peminjam di hadkan kepada RM5,000/- untuk memperbaiki atau mengubahsuaikan rumah-rumah panjang mereka.
Selain daripada program-program tersebut di atas, SPPS juga akan memperkenalkan beberapa konsep baru di dalam pembangunan perumahan di Sarawak iaitu:-
a) Untuk meningkatkan perhubungan sosial antara kaum :
Perhubungan social antara kaum sama ada formal atau tidak formal adalah perlu untuk merapatkan tali silatulrahim di antara penduduk. Dengan perhubungan sosial yang rapat maka mereka akan bekerjasama dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Selain dari itu juga ianya akan dapat merapatkan sesuatu kaum dengan yang lain walaupun agama, adat, kebudayaan dan pegangan hidup mereka berbeza supaya dapat mencerminkan identiti rakyat Malaysia yang bersatu padu.
b) Untuk mananam semangat kejiranan di antara penduduk :-
Semangat kejiranan adalah penting untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. Didapati di Bandar-bandar besar semangat kejiranan telah menurun di kalangan penduduk-penduduknya.
Penduduk-penduduknya terlalu sibuk dengan urusan masing-masing tanpa memperdulikan jiran-jiran di sebelah rumah. Ini merenggangkan perhubungan antara penduduk. Di dalam projek-projek perumahan SPPS, semangat kejiranan perlu ditanam di kalangan penduduknya supaya mereka dapat hidup dengan selesa, aman dan damai.
Satu kajian yang komprehensif berhubung dengan permintaan perumahan telah dijalankan di Bandar Miri pada 2hb hingga 11hb. Ogos,1993.
Kajian ini telah menemuduga seramai 2,000 penduduk Miri dimana
kebanyakkannya telah merayu agar projek pembinaan rumah kos rendah diteruskan.Kerumitan yang dihadapi oleh SPPS ialah masalah TANAH yang sesuai untuk projek tersebut.
2.4 SEJARAH PENUBUHAN
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dahulunya dikenali sebagai Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Ordinan Perumahan dan Pembangunan telah mula beroperasi pada 1 November 1972.
Pada 29 Oktober 2002, Ordinan Perbadanan Pembangunan Perumahan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menggantikan Ordinan Perumahan dan Pembangunan 1971.
Dengan perubahan ini, nama Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS) telah ditukar kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sebuah badan korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak. Pelaksanaan Ordinance ini berkuatkuasa 1 Januari 2003.
2.5 PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Terdapat tiga bahagian di Sarawak iaitu di bahagian zon utara Sarawak,iaitu Miri, zon tengah Sarawak di sibu dan zon selatan Sarawak, di Kuching. Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak berpusat di zon selatan Sarawak iaitu Kuching. Tujuan pembahagian tugas ini adalah kerana bagi mengemaskan kerja dan pengurusan dalam Perumahan supaya menjadi lebih efektif dan teratur. Dibawah ialah alamat-alamat syarikat HDC :
IBU PEJABAT (KUCHING)
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
WISMA SULTAN TENGAH
JALAN SUKMA PETRA JAYA
P.O. BOX 1504
93730 KUCHING, SARAWAK.
TEL: O82-444381 FAX: 082-448133
PEJABAT WILAYAH KAWASAN UTARA (MIRI)
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
LOT 2008, RPR RUMAH KEDAI,
JALAN PIASAU JAYA 2E,
PETI SURAT 684, 98007 MIRI, SARAWAK
TEL: 085-656134, 661058 FAX: 085-655018
PEJABAT WILAYAH KAWASAN TENGAH (SIBU)
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
BANDAR BARU SIBUJAYA
CDT 84
96000 SIBU, SARAWAK
TEL: 084-235888 FAX: 084-236888
2.6 LOGO PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
Gambar 2.2 (Logo HDC)
VISI
Untuk menjadi Agensi Perumahan yang terulung di Sarawak
MISI
Untuk membina kediaman berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat terutama yang berpendapatan rendah
IKRAR INTEGRITI
Bahawa kami wagra HDC dengan ini berjanji akan menyokong dasar pelan tindakan integriti dengan penuh semangat dan iltizam untuk menjadikan HDC bebas dari unsur-unsur rasuah, penyelewangan dan salahguna kuasa.
2.7 PIAGAM PELANGGAN
I. Kami berjanji untuk membina dan membekalkan rumah mampu milik untuk rakyat selari dengan pelan, rekabentuk dan spesifikasi yang diluluskan.
II. Kami berjanji untuk mempercepatkan penyerahan rumah mampu milik yang siap kepada pembeli yang berjaya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani.
III. Kami berjanji untuk mengesahkan semua pembayaran dalam masa 3 minit dan mengkreditkan secepat mungkin.
IV. Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang mesra dan cekap kepada pelanggan kami. Perkhidmatan dengan senyuman.
V. Kami berjanji untuk memberi jawapan kepada segala pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.
2.7.1 NILAI-NILAI BERSAMA HDC
1. Integriti
Ditekankan semasa berurusan dengan pelanggan dan masyarakat.
2. Kebolehpercayaan
Warga HDC perlu jujur dalam melaksanakan tugas yan diamanahkan.
3. Bertanggungjawap
Terhadap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.
4. Cekap dan berkesan
Dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan mengunakan sumber yang ada untuk mencapai matlamat.
5. Kerja berpasukan
Bekerjasama diantara satu sama lain serta mempertingkatkan koordinasi dan komunikasi di dalam organisasi.
6. Mengutamakan
Memastikan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan adalah menepati kepuasan.
2.8 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAP UTAMA HDC
I. Untuk membangun, membina dan menyiapkan rumah untuk dijual atau disewa.
II. Untuk membangun atau menyediakan tapak dengan infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi untuk pembinaan rumah atau keperluan tempat tinggal.
III. Untuk membina dan mendirikan rumah kedai untuk dijual, disewa atau ditukar di mana-mana estet perumahan untuk keperluan dan keselesaan penduduk yang mendiami atau berkerja dikawasan perumahan tersebut.
IV. Untuk melaksanakan, menjalankan pelan atau skim untuk pembangunan estet perumahan yang telah disediakan atau dirangka oleh kerajaan.
V. Untuk membaiki, mengubahsuai, atau meningkatkan lagi rumah atau flat yang telah dibina atau dibangunkan oleh HDC.
VI. Untuk merangka dam melaksanakan skim untuk memberi pinjaman atau apa sahaja bentuk bantuan kewangan kepada pembeli rumah atau hartanah lain yang dibina, dibangunkan atau dimiliki oleh HDC.
VII. Untuk memberi pinjaman atau bantuan kewangan untuk membina, membaiki dan mengubahsuai rumah.
VIII. Untuk mengurus, mengekalkan, membaiki, mengubahsuai atau mentadbir mana-mana bangunan atau hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh HDC.
2.9 SKOP KERJA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Pengurusan Projek
Tugas pengurusan projek akan diserahkan kepada juruteknik-juruteknik HDC untuk menjaga projek yang sedang dijalankan dan sebagai pemerhati kepada kerja pembinaan yang sedang dijalankan, ini bagi menjaga kualiti kerja pembinaan yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Juruteknik juga akan membuat laporan kemajuan projek untuk diserahkan kepada Jurutera.
Penyelengaraan
Skop kerja bahagian penyelengaraan juga diserahkan kepada juruteknik. Ini bagi meningkatkan kualiti rumah yang telah dibina dan mengutamakan keselamatan penghuni,selain memberi keselesaan kepada penghuni. Juruteknik juga akan menerima aduan dan laporan dari penghuni dan mengarahkan pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja aduan tersebut setelah mendapat kebenaran dari Jurutera. Juruteknik akan membuat pemeriksaaan kerosakan rumah dan mengisi borang kerosakan (House Defect Form).
2.10 LEMBAGA PENGARAH HDC
PENGERUSIYB Encik Abdul Wahab bin Aziz
TIMBALAN PENGERUSIYBhg. Encik Affandi bin Keli
YBhg. Datu Wan Alwi bin Dato Sri Wan Hashim
YB Roland Sagah
Encik Junaidi Reduan
Encik Ganie Ugay
Encik Laping Jawa
Encik Andrew Jonah Sibat
Encik Patrick Sibat
Encik William Wei
Gambar 2.3 carta organisasi ahli lembaga HDC
2.12 CARTA ORGANISASI SEKSYEN TEKNIKAL
Ketua Bahagian Projek Khas J44
Encik Safri Ahmad
Juruteknik Kanan J22
Encik Mohd Yunos Bin Sulong
Ketua Pegawai Eksekutif Vu7
Encik Wan Mohd Yusop Bin Wan Moss
Juruteknik J17
Projek RPR Bintulu
Encik Mohd Yunus Takli
Juruteknik J17
Projek RPR Tudan
Encik Japar Ahmad Sunik
Encik Hassan Lani
Encik Tubak Pilai
Membantu Juruteknik R1
Encik Awang Morni Raee
Juruteknik J17
Projek RPR Limbang
Encik Mahli Haji Abu Bakar
Juruteknik J17
Projek RPR Merudi
Encik Augustine Anyong
Juruteknik Kanan J29
Encik Mohammad Firdaus Bin Hattar
Pengurus Wilayah Kawasan Utara J41
Encik Abdool Abu Muttallif Bin Abu Seman
Carta 2.5 Carta organisasi seksyen teknikal
2.13 PROJEK YANG TELAH SIAP
SURUHANJAYA PERUMAHAN DAN PEMBANGUNAN SARAWAK
PROJEK: RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT, MIRI
RPR PIASAU 1 (Bumiputera) - 25 years (100% Muslim)
· Projek penempatan semula bagi penduduk Kampung Dagang
yang terlibat dalam Pembangunan Bandar Miri.
· 219 Rumah Bersendirian
· Harga jualan : RM17,350.00 – RM23,580.00
· Bayaran bulanan : RM135.45 – RM184.10
· 5 buah Rumah Kedai
· Harga Jualan : RM114,000.00
· Bayaran Bulanan : RM800.00 – RM1,500.00
· 61.84 ekar
· Telah siap dibina 1977
RPR PIASAU 2 (Bumiputera) – 25 years
· 253 Unit Rumah Bersendirian
· Harga Jualan : RM38,110.00 – RM55,440.00
· Bayaran bulanan : RM227.45 – RM335.10
· Projek siap : 1983
· 8 buah Rumah Kedai : RM162,000.00 – RM 174,000.00
· 59.456 ekar keseluruhannya
RPR PIASAU 3 (Mixed Zone)
· 364 Unit Rumah Teres Setingkat
· Harga Jualan : RM35,620.00 – RM50,890.00
· Bayaran bulanan : 1983
· 25.66 ekar
RPR PIASAU 4 (Mixed Zone)
· 64 Unit Rumah Berkembar
· Harga Jualan : RM121,735.00 – RM168,224.00
· Projek siap : 1992 (September)
· 6.273 ekar keseluruhannya
RPR PIASAU 5
· 22 Unit Bersendirian – RM250.000.00 – RM300,000.00
· 26 Unit Rumah Berkembar – RM160,000.00 – RM200,000.00
· 43 Unit Rumah Teres – RM140,000.00 – RM180,000.00
· 8.115 ekar
HDC-KSL SDN.BHD. (RPR BATU 6)
Joint Venture Company HDC & KSL
FASA 1 PERINGKAT 1
· 22 Unit Bersendirian - RM250.000.00 – RM300,000.00
· 26 Unit Rumah Berkembar – RM99,000.00 – RM110,000.00
· Projek siap : 1986
FASA 1 PERINGKAT 2
· Teres Dua Tingkat (35 Unit) - RM79,000.00 – RM89,000.00
· Rumah Berkembar Dua Tingkat (36 Unit) –RM142,000.00
- RM178,500.00
· Projek siap : Mac 1994
FASA 2
· Rumah Teras Dua Tingkat - 108 Unit )
· Rumah Berkembar - 32 Unit ) kos seperti piasau 4
· Rumah Bersendirian- 19 Unit )
· Rumah Kedai - 15 Unit ( RM200,000.00 - RM300,000.00)
174 Unit
RPR II TAMAN PERMAI BANDAR BARU PERMYJAYA, TUDAN MIRI
PERINGKAT 1
· Projek bermula pada 23 Ogos 2003
· Kerja pembinaan rumah teres 19 unit
· Telah siap sepenuhnya pada bulan Julai 2004
PERINGKAT 2
· Projek bermula pada 10 0gos 2004
· Sebanyak 63 unit rumah yang dibina
· Telah siap sepenuhnya pada bulan September 2005
PERINGKAT 3
· Projek bermula pada bulan April 2005
· Pemancangan di jalankan pada 11 April 2005
· Kerja menanam cerucuk di jalankan pada 12/13 April 2005
· Sebanyak 88 unit rumah yang dibina
· Telah siap sepenuhnya pada April 2006
PERINGKAT 4
· Tarikh bermula projek pada bulan April 2006
· Kerja pemancangan bermula pada bulan April 2006
· Kerja menanam cerucuk bermula pada 10 Mei 2006
· Sebanyak 84 unit rumah yang dibina
· Telah siap sepenuhnya pada bulan Julai 2007
PROJEK YANG TELAH SIAP DAN DALAM PROSES PENJUALAN
PROJEK
UNIT UNTUK DIJUAL
KAWASAN(sq.meter)
JENIS RUMAH
RPR Rangau III, Limbang
500
85
1½ Tingkat Teres - 3 bilik
RPR Sri Aman IIB
48
156
Teres Satu Tingkat - 3 bilik
RPR Sri Aman IIB
90
99
Teres Dua Tingkat - 3 bilik
RPR Saratok II
134
82.50
Teres Dua Tingkat - 3 bilik
Gambar 2.6 Rumah yang telah siap
2.14 PROJEK DALAM PERANCANGAN PEMBINAAN AKAN DATANG: TAMAN PERMAI PERMYJAYA MIRI, SARAWAK
Gambar 2.7 Single Storey Detached House Design
Gambar 2.8 Single Storey Semi Detached House Design
Gambar 2.9 Proposed Single Storey Terrace House Design
Cadangan Pelan Pembangunan Taman Surabaya, Kuching, Sarawak
Gambar 2.10 Lot 4044, Blok 18, Salak Land District, Kuching
Gamabr 2.11 Cadangan rekabentuk bagi rumah berkembar
Gambar 2.12 Cadangan rekabentuk bagi rumah teres
Cadangan Pelan Pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) BintuluPPR Jepak, Bintulu (1000 unit - Flat Sewa)
Gambar 2.13 Pelan lantai Program Perumahan Rakyat (PPR) Bintulu
Cadangan Pelan Pembangunan Muara Tebas, Kuching, Sarawak
Gambar 2.14 Pelan Pembangunan Muara Tebas
Cadangan Projek Pembangunan Jalan Astana, Kuching, Sarawak
Gambar 2.15 Lot 3545, Section 65, Kuching Town Land District For Housing Development, At Jalan Astana, Kuching
Cadangan Pelan Pembangunan Sungai Midin, Semariang, Kuching,
Sarawak
Gambar 2.16 Lot 2033 dan sebahagian Lot 2037, Blok 17, Salak Land District, Kuching
Gambar 2.17 Pelan
Cadangan Pelan Pembangunan Sungai Tiram, Batang Salak, Kuching, Sarawak
Gambar 2.18 Lot 3219&3220, Blok 8, Salak Land District, Sungai Tiram, Batang Salak, Kuching
Gambar 2.19 Pelan
Cadangan Pelan Sungai Tengah, Matang, Kuching, Sarawak
Gambar 2.20 Lot 37,38,40,41,42,43,45,46 & 47 blok 7Matang Land District, Sungai Tengah, Matang, Kuching
Gambar 2.21 Pelan
Cadangan Pelan Pembangunan Matang Lot5, Blok 8, Kuching, Sarawak
Gambar 2.22 Lot 5, Blok 8, Matang Land District, Kuching
Gambar 2.23 Pelan
Cadangan Pelan Pembangunan Katibas, Song , Sarawak
Gambar 2.24 Lot 548, 566, 572, 579, 574, & 791, Blok 17, Katibas Land District, Song
Gambar 2.25 Pelan
Cadangan Pelan Pembangunan Kanowit, Sarawak
Gambar 2.26 Lot 1715 Dan Sebahagian Lot 1315, Blok 9, Lukut Land District, Kanowit, Sarawak
Gambar 2.27 Pelan
Cadangan Pelan Pembangunan Kidurong, Bintulu, Sarawak 508 unit
Gambar 2.28 Lot 1234, Blok 20, Kemena Land District
Gambar 2.29 Pelan
BAB 3
3.1 PENGENALAN BATA
Bata telah digunakan sekurang-kurangnya 5 ribu tahun yang lalu dan masih merupakan sejenis bahan pembinaan paling popular dalam pelbagai pembinaan seperti pembinaan tembok, tiang, lantai, tangga, jalan, dinding dan lain-lain lagi.
Bata yang digunakan dalam pembinaan adalah diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah. Bahan utamanya ialah tanah liat, pasir, kapur, dan semen. Saiz bata pula dibuat berdasarkan kepada piawai tempatan. Pada dasarnya, ukuran panjangnya ialah dua kali ukuran lebarnya (termasuk satu sambungan tegak) dan tebal nya adalah bergantung kepada kegunaannya. Tebal bata binaan ialah 65mm manakala bata ubin tebalnya ialah 50mm. dimensi ini digunakan supaya ia dapat disusun bertindih-tindih dengan lekap dan corak yang tertentu untuk menyokong beban yang berat.
Dimensi lazim bagi bata ialah 216mm x 103mm x 65. Saiz bata tidak didapati dengan tepat kerana bata mengalami pengecutan dan pengembangan dalam tepat kerana bata mengalami pengecutan dan pengembangan dalam proses pengeringan dan pembakaran. Saiz yang didapati ialah secara purata (Rajah 3.1).
65 mm
216 mm 103 mm
Rajah 3.1 Saiz bata
3.2 DEFINISI BATU BATA
Batu bata ialah binaan yang berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan tak organic yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjangnya ialah lebih kurang dua kali ukuran lebarnya. Terdapat bermacam jenis dan bentuk batu bata, bergantung pada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya. Menurut piawaian Malaysia, MS 7.6 : 1972 pula batu bata ditakrifkan sebagai satu unit dinding yang tak melebihi 337.5 mm panjang, 225 mm lebar dan 112.5 mm tinggi. Saiz bata tidak didapati dengan tepat kerana bata mengalami pengecutan dan pengembangan dalam proses pengeringan dan pembakaran. Saiz standard format mengikut BS 3921 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 di bawah:
65 mm
215 mm 102.5 mm
Rajah 3.2 : Saiz piawai bata
3.3 JENIS-JENIS BATA
Secara amnya, bata terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Ia pada kebiasaannya bergantung kepada tujuan penggunaannya. Misalnya bata tanah liat biasa adalah untuk kegunaan pada bahagian-bahagian tertentu pada bangunan seperti dinding dan tangga. Bahan utamanya ialah tanah liat dan kapur. Bata yang baik hendaklah mencukupi sifat-sifat berikut :
Pembakaran bata hendaklah mencukupi dan seimbang iaitu warnanya merah tua, berbunyi ketukan besi jika diketukkan satu Sama lain.
saiz bata mestilah lebih kurang sama dan seragam iaitu 216 mm x 103 mm x 65mm.
Bentuknya hendaklah bersegi tepat dan permukaannya lurus dan rata.
Permukaan bata tidak retak
Kadar resapan air tidak melebihi 1/6 isipadu bata.
Berat puratanya hendaklah antara 2-3 hingga 3-3 kg bagi seketul bata.
Jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah:
Bata tanah liat
Bata kalsium silica/bata pasir kapur
Bata konkrit/simen
3.3.1 Bata tanah liat
Antara Jenis bata yang disebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka. Bata muka dihasilkan oleh beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi moden. Bata muka mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula 3 kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan yang hendak dilepa manakala bata muka digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa. Selain itu bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin untuk kegunaan yang tertentu.
3.3.1.1 Pembuatan Bata Tanah Liat
Pada dasarnya terdapat empat peringkat utama dalam proses pengilangan batu bata tanah liat iaitu peringkat penyediaan, peringkat pembuatan, peringkat pengeringan dan peringkat pembakaran.
Diperingkat penyediaan tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut. Tanah liat itu dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Kemudian dimasukkan ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air.
Peringkat seterusnya ialah peringkat penyediaan. Terdapat dua kaedah penghasilan bata, bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan tanah yang ditekan dari mesin dipotong dengan alat yang dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong daai itu jika dimasukkan ke sebuah mesin tekanan, hasilnya ialah bata tekanan adalah lebih mampat dan siaznya lebih seragam.
Pada peringakat pengeringan bata basah (bata yang baru ditekan atau dipotong dawai ) itu disusun di dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan batuan udara. Batu bata tersebut boleh juga dikeringkan dengan menggunakan stim. Batu bata ini hendaklah disusun berjarak 50mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak di sekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringannya. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5-7 hari bergantung kepada keadaan cuaca dan cara susunannya.
Bata yang telah kering perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras pada peringkat pembakaran. Terdapat beberapa jenis relau yang digunakan untuk tujuan ini. Diantaranya ialah relau tunggal, relau bersambung, relau terowong dan relau curam (relau Taiwan).
Batu bata disusun di dalam relau dengan cara tertentu untuk memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar.
Pembakaran dilakukan selama dua hari kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dalam relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.
Batu bata panas yang keluar dari relau dibiarkan sejuk dalam jangka masa tertentu kemudiannya diangkut ke tempat membungkus. Sebanyak 500 unit bata akan diikat bersama untuk dijadikan satu carton dan selebihnya disimpan dalam stor.
3.3.2 Bata Kalsium Silikat
Batu bata kalsium silikat terdiri daripada pasir silika, kapur dan air, kelikir silika yang hancur atau tidak hancur atau batuan, silika hancur selalu digunakan selain daripada pasir atau gabungan kedua-duanya. Pengeluaran bata kalsium silikat memerlukan bekalan pasir yang sesuai. Tidak semua pasir mudah diperolehi sedangkan ianya terdiri daripada 90% bahan dalam campuran itu. Adalah menjadi amalan, kilang pembuatan bata kalsium silikat terletak berhampiran dengan kawasan lambakan pasir yang sesuai. Kapur pula kebiasaannya diperolehi daripada sumber luar. Walaubagaimanapun kualiti bahan tersebut adalah sangat kritikal dan ujian penerimaan yang ketat digunakan untuk membuktikan kemampuannya.
3.3.2.1 Pembuatan Bata Kalsium Silikat
Bahan-bahannya yang terdiri daripada pasir atau flint hancur, kapur dan air dicampurkan dengan kawalan yang teliti terhadap penisbahannya dengan bahan pewarna ditambahkan jika kapur terhidrat digunakan. Campuran itu kemudian ditekan bagi memastikan pemadatan yang optimum dan berbentuk seperti unit-unit bata apabila dimampatkan.
Bata tersebut kemudiannya dimuatkan keatas gerabak-gerabak dan dimasukkan ke dalam tanur pembakar ( autoclaves ) di mana ianya diwap dengan tekanan yang rendah. Semasa keadaan pembakaran ersebu, silika yang merupakan juzuk utama bagi pasir atau batu flint bertindak secara perlahan-lahan dengan kapur terhidrat dan air untuk membentuk kalsium hidrosilikat. Berpandukan kepada masa dan tekanan wap, ciri-ciri prestasi yang diinginkan bolehlah dilaraskan bersesuaian dengan keperluan yang dikehendaki. Ini akan menjadikan struktur tersebut lebih lasak dan mampu menanggung beban serta tahan terhadap perubahan cuaca.
Bata Konkrit
Bata konkrit diperbuat daripada bahan seperti simen, pasir, aggregate dan air serta bahan tambahan atau bahan campuran yang dimasukkan ketika bancuhan dilakukan. Di dalam BS 1180 : 1972 (2), bata konkrit diperbuat daripada bahan-bahan seperti berikut :
1. Bahan-bahan pengikat
a. Portland cement (BS 12)
b. Portland- blastfurnance cement (BS146)
c. Specification for building limes (BS890)
d. Specification for high alumina cement (BS 915)
e. Sulphate-resisting Portland cement (BS 4027)
f. Supersulphated cement (BS 4248)
Aggregat
Aggregat yang digunakan dalam campuran hendaklah bersih dan bebas daripada bahan-bahan merosakkan. Aggregat-aggregat di bawah digunakan sama ada salah satu daripadanya atau gabungan yang sesuai di antaranya:
a. Specification for aggregate from natural sourses for concrete (BS 882,1201)
b. Air-cooled blastfurnance slag course aggregate for concrete (BS 1047)
c. Clinker aggregate for concrete (BS 1165)
d. Specification for foamed or expanded blastfurnance slag lightweight aggregate for concrete (BS 877)
e. Lightweight aggregate for masonry units and structural concrete (BS 3797)
f. Pulverized-fuel ash for use in concrete (BS 3892)
g. Clay bricks (BS 3921)
h. Method for the sampling and testing of lightweight aggregates for concrete (BS 3681)
i. Ground granulated blastfurnance slag for use in concrete (BS 6699)
Bahan tambahan atau bahan campuran
Bahan tambahan atau bahan campuran boleh digunakan sama ada sebagai bahan tambahan kepada simen semasa pengilangan atau sebagai bahan campuran ke dalam campuran konkrit. Kualiti dan nisbahnya perlulah tidak merosakkan dan memberikan kesan produk akhir. Bahan tambahan atau bahan campuran adalah seperti berikut :
a. Pigment for use in concrete (BS 1014)
b. Bahan untuk mengawal masa permulaan dan pengerasan campuran.
c. Bahan untuk memperbaiki kebolehkerjaan campuran dan mengurangkan
ketelapan produk.
d. Kalis air atau kawalan hidrofobik.
3.3.3.1 Pembuatan Bata Konkrit
Bata konkrit adalah diperbuat daripada campuran simen. Pasir, aggregate dan air bersama-sama bahan tambah atau bahan campur dengan kawalan bancuhan yang teliti. Bancuhan tersebut kemudiannya dimampatkan dan digetarkan ke dalam acuan bersaiz bata dan proses seterunya adalah sama seperti bata kalsium silikat. Acuan-acuan bata kemudiannya diawetkan sama ada bilik wap atau pada udara dan hasil produknya dari segi saiz dan warnanya.
3.4 PENGELASAN BATA
Setiap jenis batu bata mempunyai piawaian yang tersendiri iaitu piawaian batu bata tanah dinyatakan dalam BS 3921, piawaian bagi bata kalsium silikat adalah dinyatakan dalam BS 187 manakala piawaian bagi batu bata konkrit adalah dinyatakan dalam BS 6073 : Part I.
3.4.1 Pengelasan Bata Tanah Liat
Di dalam BS 3921 : 1964 (3) dan MS 7.6 : 1972 telah mengklasifikasikan bata berdasarkan kepada kepelbagaian kualiti dan jenis. Berdasarkan piawaian tersebut, batu bata boleh dikelaskan kepada tiga jenis berdasarkan kegunaannya iaitu batu bata biasa, batu bata permukaan dan batu bata kejuruteraan.
Bata biasa adalah ditakrifkan sebagai sesuai untuk kerja-kerja am bangunan tetapi tidak dapat memberikan penampilan yang istimewa. Istilah ‘biasa’ digunakan dalam pelbagai bata bahagian luaran dan dalaman bagi bangunan umum. Ia juga digunakan dengan meluas untuk membuat asas dan sedang disesuaikan untuk dimasukkan ke dalam perkiraan beban galas pembinaan. Bata biasa secara umunya adalah alas yang sesuai untuk kerja-kerja kemasan memplaster. Ia juga digunakan secara meluas sebagai permukaan dinding dalaman atau dinding luaran yang berada di bawah paras tanah.
Berdasarkan kepada piawai, bata permukaan adalah dibuat khas atau terpilih untuk memberi penampilan yang menarik apabila digunakan tanpa kemasan atau plaster atau lain-lain ubah suai permukaan pada dinding. Bata permukaan boleh juga dinyatakan sebagai gabungan penampilan yang menarik dengan kekuatan struktur dan ketahanan terhadap dedahan yang baik. Ianya terdapat dalam pelbagai julat kekuatan, warna dan tekstur yang luas.
Bata kejuruteraan pula disifatkan sebagai mempunyai jasad separa berkaca yang padat dan kuat sebagai menepati had untuk penyerapan dan kekuatan. Bata kejuruteraaan mestilah memiliki sifat-sifat kekuatan dan penyerapan yang diperlukan. Ianya adalah jenis galas beban berkapasiti tinggi, berguna serta lasak yang boleh dijadikan pilihan oleh arkitek dan jurutera awam. Ia biasanya digunakan untuk pembinaan tembok sambut, tembok landas jambatan, pembentung, dinding galas beban, tembok penahan dan dinding yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan.
Disamping itu, jenis-jenis batu bata boleh dibezakan berdasarkan kepada bentuk fizikalnya. Di antaranya ialah batu bata padat, batu bata berlubang, batu bata berongga dan batu bata berserat. Batu bata padat ialah bata yang mana lubang menembusi atau hampir menembusi sesuatu bata tidak melebihi 25% isipadunya atau lekukan tidak melebihi 20% isipadunya. Lubang yang kecil ditakrifkan sebagai luas kurang daripada 20mm atau kawasan kurang daripada 500mm2. gabungan tiga lubang yang lebih besar mestilah tidak melebihi 3250mm2 setiapnya yang mana tidak bersesuaian sebagai bantuan pengendalian dalam jumlah 25%. Sebaliknya, jika bata mempunyai lubang kecil yang menembusinya berisipadu lebih 25% daripada isipadu keseluruhan maka ia dikenali sebagai batu bata berlubang. Bata yang mana lubangnya lebih besar daripada lubang kecil seperti di atas yang melebihi 25% isipadunya dikenali sebagai batu bata berongga. Bata berserat pula ialah bata yang mana lubang ditutup dihujungnya melebihi 20% isipadunya.
3.4.2 Pengelasan Bata Kalsium Silikat
Batu bata kalsium adalah diperbuat daripada campuran pasir, kapur dan batu api hancur. Terdapat enam jenis pengelasan bagi bata kalsium silikat yang diiktiraf dalam BS 187: 1978 digredkan sebahagian besarnya berdasarkan kekuatan mampatan.
Keperluan
kelas
Kekuatan mampatan purata bagi 10 biji bata tidak kurang daripada (N/mm2)
Jangkaan had terendah kekuatan mampatan tidak kurang daripada (N/mm2)
Bata beban
Galas/bata
Permukaan
7
6
5
4
3
48.5
41.5
34.5
27.5
20.5
40.5
34.5
28.5
21.5
15.5
Bata permukaan / bata biasa
2
14.0
10.0
Jadual 3.3 kelas kekuatan mampatan dan keperluannya (BS 187: 1978)(4)
3.4.3 Pengelasan bata konkrit
Menurut BS 1180 : 1972, bata konkrit dikelaskan berdasarkan kategori kekuatan mampatan purata iaitu seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.4 berikut:
Kekuatan mampatan purata (MN/m2)
7.0
10.0
15.0
20.0
30.0
40.0
Jadual 3.4: kekuatan mampatan purata (BS 1180: 1972) (2)
3.5 SIFAT-SIFAT BATU BATA
Perbezaan jenis bata akan memberikan perbezaan terhadap sifat-sifat bata. Setiap jenis bata mempunyai rupa bentuk dan kegunaan mengikut tujuan keperluan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, bata secara umumnya dapat berfungsi dengan baik dalam aspek seperti rupa bentuk, ekonomi, kelasakan kekuatan struktur dan penyerapan air, penahan kebakaran, penebat bunyi, keliangan yang rendah, haba yang kurang, pergerakan lembapan, tahan terhadap cuaca, penggunaan yang fleksibel dan bebas daripada keperluan penyelenggaraan.
Secara umunya, sifat-sifat batu bata adalah bergantung kepada proses pengilangan batu bata dan bahan mentah yang digunakan. Sifat-sifat yang akan dibincangkan di sini adalah dari segi yang mempengaruhi kekuatan bata seperti peyerapan air, keliangan, kenajalan, kelasakan, kandungan garam terlarut, penebat haba dan kekuatan mampatan.
3.5.1 Penyerapan air
Penyerapan air bagi bata adalah peratusan peningkatan berat bagi bata kering yang telah ditepukan. Sifat ini merupakan salah satu parameter dalam menentukan bata kejuruteraan dan bata lapisan kalis air. Penyerapan air oleh bata yang digunakan sebagai dinding akan memberikan kesan terhadap mod penembusan hujan pada bahagian luar dinding dan juga digunakan untuk menentukan kekuatan lenturan bagi beban ufuk.
Kadar penyerapan air sesebuah unit batu bata adalah berkait rapat dengan keliangan. Batu bata yang baru keluar daripada tanur selepas proses pembakaran adalah berada dalam keadaan mengembang. Oleh itu, ia akan menyerap lembapan disekelilingnya dan seterusnya menyebabkan perubahan isipadu, berat dan dimensi batu bata. Sebenarnya magnitude resapan adalah bergantung kepada jenis batu bata dan suhu pembakaran serta keadaan sekeliling.
Berdasarkan penyelidikan, didapati kebanyakan batu bata akan mengalami pengembangan selama beberapa hari sahaja manakala sebilangan kecil akan mengambil masa lebih daripada enam bulan. Oleh yang demikian, batu bata yang baru dihasilkan tidak sesuai digunakan terus di tapak pembinaan. Tetapi, adalah dicadangkan penggunaan hanya dibenarkan selepas lebih kurang 2 minggu penyejukan supaya kadar resapan tidak melebihi 0.02% di tapak bina.
Secara pratikalnya, kadar penyerapan air ini sangat penting dalam mengenalpasti masa yang sesuai untuk set batu bata supaya ia dapat melekat kuat pada dinding. Set bermaksud masa yang diperlukan untuk air di dalam mortar menyerap kedalam batu bata supaya ia dapat melekat pada batu bata pada tempat yang dikehendaki. Namun demikian, batu bata yang terlalu basah akan memerlukan masa yang lebih lama untuk set kerana batu bata tidak dapat meyerap air daripada mortar. Manakala, batu bata yang terlalu kering akan menyerap semua air daripada mortar dan ini akan menghalang mortar daripada berfungsi dengan baik dalam ikatan bata.
3.5.2 Keliangan
keliangan ialah rongga halus yang berisi udara yang terbentuk pada batu bata ketika proses pembakaran dijalankan. Proses pembakaran merupakan salah satu proses untuk menentukan sifat-sifat bata. Setengah-setengah komponen dalam tanah liat seperti ‘kaolinit’ tidak bertindak pada suhu yang rendah (kurang dari 600 C). oleh itu adalah mustahak dalam proses membuat bata untuk bangunan julat pemanasan mestilah diantara 900-1200 C untuk mendapatkan batu bata yang mempunyai liang-liang yang minima.
Saiz yang tidak sama antara zarah-zarah tanah liat akan menyebabkan berlakunya keliagan jika pemanasan yang lebih dikenakan. Peratusan keliangan yang tinggi akan memberi kesan kepada sifat-sifat batu bata kerana ia akan meningkatkan kadar resapan air. Peratus keliangan pada sesebuah batu bata dapat dikira berdasarkan formula berikut :-
Keliangan (%) = Isipadu Liang x 100
Isipadu Keseluruhan Bata
Dan biasanya disebut dalam peratusan. Isipadu liang ialah perbezaan berat bata yang direndam dibahagikan dengan ketumpatan air. Hubungan diantara keliangan dengan sifat-sifat kekuatan diberi sebagai :
S = b So e-p
Dimana, S ialah kekuatan bata pada darjah keliangan p
b ialah angkatap
So ialah kekuatan bata pada darjah keliangan kosong
Dan hubungan yang hampir sama bagi modulus kekenyalan bata iaitu :
Eb = Eo (1- c p)
Dimana, c ialah angkatap
Eb ialah modulus pada darjah keliangan p
Eo ialah modulus pada darjah keliangan kosong
Kebanyakan bahan-bahan bangunan adalah berliang dan menyerap air sehingga satu tahap di mana tiada lagi penyerapan berlaku. Kebiasaanya bata mempunyai keliangan yang tinggi secara relative. Perubahan rupabentuk apabila bata tersebut basah mempunyai anggapan yang berlainan tentang tahap keliangannya.
3.5.3 Keanjalan
keanjalan ialah kebolehan sesuatu struktur untuk mengambil beban berubah bentuk dan kembali kebentuk asal selepas beban dipindahkan daripadanya. Sifat-sifat keanjalan bata banyak bergantung kepada keanjalan bahan-bahan yang bergabung di dalamnya iaitu bata dan mortar.
Seperti bahan-bahan tembikar lain, bata adalah rapuh dan hubungan tegasan keterikannya adalah merupakan satu garis lengkung sehingga satu titik dimana ia pecah atau gagal. Disebabkan hubungan tak lelurus ini, modules keanjalan bata dirakfirkan dalam 4 keadaan :
a) modulus tangen awal - merupakan garis sentuh kepada lengkung tegasan keterikan dan bermula pada origin, selalu memberikan nilai maksima.
b) modulus sekan - cerun garis yang menghubungkan sebarang titik pilihan pada lengkung dengan origin.
c) modulus tangent - garis sentuh pada lengkung tegasan-keterikan pada suatu titik pilihan.
d) modulus perentas - cerun garis yang menghubungkan dua titik pilihan pada lengkung tegasan- keterik
(a) (c)
(b) (d)
Tegasan
Keterikan
Rajah 3.5 Empat jenis modulus keanjalan bagi bata
3.5.4 Kelasakan
kelasakan sesuatu bata adalah berpunca dari serangan bahan kimia dan penembusan atau penyerapan air. Seperti konkrit, tindakan kimia yang penting dalam menentukan kelasakan bata ialah serangan bahan-bahan sulfat. Bahan-bahan ini terdapat dalam air bersama-sama trikalsium alumina yang merupakan salah satu unsur dalam simen Portland biasa dan larutan batu kapur. Bahan ini boleh menyebabkan berlakunya keretakan.
Bagaimanapun, serangan kimia jenis ini hanya terjadi jika ada dedahan terlalu lama kepada keadaan lembap. Oleh itu permukaan bata mestilah dibiarkan kering untuk memastikan garam-garam yang ada tidak dalam bentuk larutan tetapi sebaliknya dalam bentuk hablur.
Penembusan atau penyerapan air juga mempengaruhi kelasakan bata. Air yang berlebihan akan bertindak dengan hablur diatas dan menghasilkan satu larutan yang aktif. Bagaimanapun kandungan dan penahan air oleh mortar memainkan peranan yang lebih penting apabila bata berada dalam struktur bata.
3.5.5 Kekuatan
kekuatan bata ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu unit batu bata dapat menanggung beban atau tekanan sebelum ia pecah atau gagal. Oleh kerana kerapuhan dan keliangan bandingan yang agak tinggi, bata adalah lemah dalam tegangan dan kekuatan mampatan serta berubah-ubah mengikut julat keliangan. Kekuatan mampatan berubah-ubah mengikut arah pembebanan. Rajah 3.6 menunjukkan paksi utama dalam bata. Kekuatan mampatan adalah paling tinggi dalam bata. Kekuatan mampatan adalah paling tinggi dalam arah z-z. kekuatan dalam arah x-x adalah 25% kekuatan arah z-z dan kekuatan arah y-y pula 35%.
Z
d
h x
y
Rajah 3.6 Paksi-paksi utama dalam bata
Oleh yang demikian kekuatan bata adalah terletak pada kekuatan mampatan yang boleh ditanggung oleh bata tersebut. Dalam MS 7.6 : 1972, kekuatan mampatan bagi bata tanah liat di dalam ujian mestilah tidak kurang daripada 5.2 MN/m2. kekuatan minimum ini adalah diterima walaupun tidak memberikan penekanan terhadap aspek-aspek lain. Kekuatan mampatan yang tertinggi secara pratikalnya yang dapat dicapai untuk bata beban galas di Malaysia adalah 103.0MN/m2.
Walaupunbagaimanapun julat kekuatan yang biasa diperolehi adalah 7.0 MN/m2 sehingga 69 MN/m2. spesifikasi bagi kekuatan bata berpandukan piawaian Malaysia mengelaskan bata kepada 10 jenis bata. Kelas-kelas tersebut adalah diberikan berdasarkan kekuatan mampatan tersebut.
Keperluan
Kelas
Kekuatan mampatan purata tidak melebihi daripada (MN/m2)
Bata kejuruteraan
A
B
69.0
48.5
Bata beban galas
15
10
7
5
4
3
2
1
103.0
69.0
48.5
34.5
27.5
20.5
14.0
7.0
Jadual 3.7: kekuatan mampatan bagi bata (MS 7.6: 1972)
Faktor lain yang mempengaruhi kekuatan bata ialah rupabentuk unit-unit bata itu sendiri iaitu dari segi nisbah kelangsingan dan lubang yang terdapat dipermukaannya.
Nisbah kelangsingan = h / d
Dimana, h ialah tinggi bata dalam arah pembebanan
d ialah lebar permukaan bata yang dibebani
60
50
40
kekuatan 30
bata (N/mm2 20
10
0
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5
h/d
Rajah 3.8 Hubungan antara kekuatan bata dan nisbah kelangsingan
Dalam bata yang berlubang, tegasan menjadi lebih besar akibat beban yang diagihkan ke tebing-tebing permukaan bata. Walaubagaimanapun, dari segi teorinya kesan lubang boleh diabaikan bagi lubang yang keluasannya tidak melebihi 35% daripada luas keratan lintang dan bata boleh dianggap pepejal sepenuhnya. Jadual 3.9 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan mampatan bata.
Ciri-ciri unit bata
Ciri-ciri mortar
Kerja bata
Jenis dan bentuk geometric
Padu
Tertebuk
Kekatak
Nisbah tinggi tebal
Penyerapan air
Campuran
Nisbah air simen
Ikatan
Arah beban atau daya
Tekanan tempatan
Jadual 3.9 : faktor mempengaruhi kekuatan mampatan bata
3.5.6 Kandungan garam terlarut
Kebanyakan tanah liat yang digunakan dalam pembuatan bata, mangandungi garam terlarut yang mungkin terdapat di dalam bata yang telah dibakar. Jika batu bata menjadi tepu bagi tempoh yang panjang, garam sulfat terlarut mungkin dibebaskan. Ini akan menyebabkan mortar yang tidak direkabentuk dan dicampurkan dengan baik dan mengandungi kandungan simen yang rendah akan menghakis akibat tindak balas garam sulfat. Sulfat daripada tanah atau sumber-sumber yang lain menghasilkan kemusnahan yang sama. Sebahagian jenis batu bata mempunyai had penggunaan garam terlarut yang tertentu seperti dinyatakan dalam BS 3921 : 1985 dan penggunaan garam terlarut yang tertentu seperti “L” untuk kandungan garam terlarut rendah dan “N” untuk kandungan garam terlarut normal.
3.5.7 Penebat haba
Batu bata mempunyai ciri penebat haba yang amat baik diantara bahan pembinaan yang lain. Batu bata tanah liat mempunyai rintangan api yang lebih kurang sama dengan batu bata kalsium silikat. Batu bata konkrit pula mempunyai rintangan api 30 minit sehingga 6 jam bergantung kepada ketebalan dinding. Spesifikasi penebat haba atau panahan kebakaran bagi pelbagai jenis batu bata, ketebalan serta cara pengilangan diberikan dalam National Bureau of Standard Report of Fire Test on Brick Masonry.
Pengelasan
Penilaian (jam)
Sesekat dalam / tidak galas (100mm)
1
Dinding dalaman atau luaran / tidak galas dengan anggota struktur tidak mudah terbakar terbina dalam (200mm)
5
Galas dengan anggota struktur mudah terbakar terbina dalam (200mm)
2
Dinding dalam atau luaran / tidak galas atau galas (300mm)
9
Jadual 3.10: spesifikasi batu bata terhadap kebakaran
3.6 Mortar
Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata dinamakan mortar. Mortar dihasilkan dengan mambancuh simen atau kapur, pasir dan air. Bahan-bahan yang digunakan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan dan kekekalan mortar.dan seterusnya menentukan kekuatan tembok yang dibinakan. Simen dan kapur merupakan dua jenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam bancuhan mortar. Bahan pengikat dan pasir (kadangkala serpihan halus batu juga digunakan) hendaklah dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan jenis bahan binaan yang tertentu. Nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata kejuruteraan ialah 1:3 (simen : pasir), manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah bancuhan yang sesuai ialah 1:4.
Secara amnya, mortar yang pekat (lebih simen) hanya sesuai digunakan untuk bahan binaan yang cukup kuat seperti bata kejuruteraan. Jika mortar yang pekat digunakan untuk mengikat bata yang kurang keras, keretakan mungkin berlaku pada permukaan tembok kerana pengecutan dan pengembangan tidak sama pada kedua-dua jenis bahan ini. Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat digunakan untuk mengikat bata yang keras, akibatnya ialah sambungannya tidak akan kekal dan kekuatan tembok akan terjejas. Oleh sebab itu, nisbah bancuhan mortar bagi setiap jenis kerja binaan hendaklah mematuhi perincian yang telah ditetapkan.
3.6.1 Komponen mortar
Secara umunya, mortar adalah dibezakan berdasarkan kepada jenis bahan pengikat yang digunakan atau komposisinya. Bahan-bahan campuran dalam sesuatu mortar ialah simen, batu baur halus dan bahan tambah disamping air:
I. Simen
Dua jenis simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen Portland dan ‘mansory cement’ yang mengandungi lebih kurang 75% kandungan simen Portland. Bagaimanapun, simen Portland mempunyai kekuatan lebih tinggi daripada ‘mansory cement’ untuk digunakan dalam bancuhan mortar bagi bata.
II. Batu baur
Batu baur yang digunakan adalah pasir halus yang hampir semua melepasi ayak 4.75mm. jika pasir terlalu halus kadar simen mestilah tinggi dan ini mestilah dielakkan agar kos tidak terlalu tinggi.
Kegunaan pasir dalam mortar ialah untuk :-
a) Mengurangkan kecutan mortar supaya retakan dapat dicegah.
b) Mengurangkan perbelanjaan pembinaan, kerana pasir lebih murah daripada kapur dan simen.
c) Membantu pegerasan kapur tulin.
III. Bahan tambah
Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan Menahan air bagi sesuatu mortar simen untuk mandapatkan kebolehkerjaan yang tinggi. Selalunya bahan tambah untuk tujuan ini adalah bahan bukaan organik seperti batu kapur dan tanah liat adalah bahan tambah paling baik kerana mortar yang dihasilkan adalah lebih senang untuk disebarkan, penahanan air yang baik dan penambahan kekuatan dan kelembutan. Bagaimanapun, batu kapur terhidrat lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan ekonomik.
Seperti campuran konkrit, air digunakan sebagai ejen penghidrat simen dengan batu baur dan kandungannya adalah bergantung kepada keadaan atau kelas mortar yang dikehendaki. Air merupakan bahan pengikat yang wujud dalam bentuk cecair.
Air yang digunakan untuk campuran mortar perlulah bersih dan bebas daripada asid, alkali dan bahan-bahan organik. Kehadiran bahan-bahan organik dalam air akan menyebabkan kelambatan proses pengerasan dan pemejalan bagi mortar dan seterusnya memberi kesan terhadap kelasakan mortar.
3.6.2 Jenis mortar
Kegunaan mortar adalah ditentukan oleh jenis pembinaan. Sebelum simen dicipta, kebanyakan kerja pembinaan batu bata dibuat dengan menggunakan mortar kapur. Mortar simen telah mengambil tempat mortar kapur menjadi mortar utama dalam pembinaan tembok bata. Ini adalah disebabkan kelebihan sifat-sifat mortar simen seperti kekuatannya, kecepatan mengeras, kalis air dan sebagainya berbanding dengan mortar kapur. Selain daripada mortar simen, mortar kompo, mortar tahan api dan mortar kalis air juga digunakan untuk pembinaan yang tertentu.
Mortar kapur terdiri daripada bancuhan kapur dengan pasir dan air mengikut nisbah yang tertentu. Mortar jenis ini merupakan bahan binaan yang penting pada masa dahulu untuk menyambung batu bata. Terdapat beberapa jenis mortar kapur yang digunakan dalan pembinaan. Antaranya ialah mortar kapur bukan hidrolik dan mortar kapur hidraulik yang biasa digunakan.
Mortar kompo atau simen kapur dihasilkan dengan membancuh pasir kapur dan simen. Kapur bukan hidraulik dibancuh dengan pasir mengikut nisbah dikehendaki dan kemudian dicampurkan dengan simen sebelum mortar ini digunakan. Nisbah bancuhan mortar ini ialah 1:2-3:6-9 (simen:kapur:pasir). Kekuatannya.
Mortar kompo paling sesuai digunakan untuk mengikat batu dan pembinaan tembok yang tebal di mana mortar biasa mungkin mengalami keretakan akibat pengecutan yang berlebihan.
Mortar simen dihasilkan dengan mambancuh simen dan pasir dalam nisbah yang tertentu mengikut kegunaannya. Mortar simen adalah lebih kuat daripada mortar kapur, oleh sebab itu mortar ini banyak digunakan untuk pembinaan tiang, tembok yang mananggung beban dan juga tembok yang di bawah aras tanah. Nisbah 1:3 dan 1:6 adalah bancuhan yang biasa digunakan untuk mengikat bata dan melepa. Bancuhan yang pekat sangat tidak mendatangkan faedah atau kelebihan, dan mortar ini tidak sesuai untuk mengikat bata biasa. Adalah diingatkan bahawa kekuatan mortar itu mestilah seimbang dengan kekuatan bata untuk menghasilkan binaan yang kukuh.
Mortar kalis air terdiri daripada beberapa jenis bahan kimia yang dinamakan pengalis air. Kegunaan bahan pengalis air ini ialah untuk dibancuh dengan mortar simen supaya ia menjadi kalis air. Kebanyakan bahan ini seperti cementone dan sika Cuma sesuai digunakan bersama dengan mortar simen.
Pengalis air ini dihasilkan berupa cecair, serbuk dan adunan dengan tujuan mengisikan lompang-lompang yang berkalis air supaya mortar tidak diresapi air.
Mortar tahan api pula dihasilkan untuk kegunaan mengikat bata dalam relau pembakar bata, tempat dapur, relau simen, dandang dan binaan lain yang digunakan dalam haba yang tinggi. Mortar kapur dan mortar simen tidak sesuai digunakan kerana berlaku pengembangan semasa dibakar. Mortar tahan api yang baik mengandungi bancuhan 1 bahagian simen alumina dengan 2 bahagian serbuk halus bata tahan api.
3.6.3 Pengelasan mortar
Pengelasan bagi unit kerja binaan mortar oleh American Society for Testing Materials (ASTM) telah menetapkan 5 jenis pengelasan bagi mortar iaitu kelas M,S,N,O,dan K. nisbah campuran, ciri-ciri spesifikasi dan kombinasi bahan bersimen merupakan faktor-faktor yang menentukan jenis pengelasan bagi sesuatu mortar. Pengelasan mortar tersebut adalah dikelaskan berdasarkan kepada nisbah campuran bahan bersimen, penggunaan dan purata kekuatan mampatan pada hari ke-28.
3.6.4 Sifat-sifat mortar
Sifat-sifat mortar merupakan faktor yang amat penting yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan kerja binaan yang baik. Di antara sifat-sifat tersebut ialah kekukuhan, kebolehkerjaan, kebolehan menahan air, kekuatan mampatan, ikat tegangan, kelasakan, perubahan isipadu dan keanjalan. Sebagai contoh, bahan-bahan bagi mortar yang mengikut spesifikasi piawaian apabila dinisbahkan akan menghasilkan mortar yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.
a) Kekukuhan
Kekukuhan bagi sesuatu mortar adalah merujuk kepada darjah kelembapannya juga berkait rapat dengan kesenangan di dalam pengendalian dan penggunaan mortar.
Kebanyakkan daripada kegagalan mortar adalah disebabkan daripada penggaulan secara serentak, kasar dan tidak cermat ke atas kesemua bahan-bahan memberikan kebolehkerjaan yang baik dan lebih senang untuk dikendalikan. Penggunaan air yang mencukupi di dalam penghasilan mortar yang meliputi keseluruhan permukaan bermortar pada unit-unit struktur. Kekukuhan juga perlu pada bahagian kepala sambungan supaya mudah diratakan tanpa sebarang kesukaran dalam kerja-kerja pembinaan dinding bata.
b) Kebolehkerjaan
Istilah kebolehkerjaan bermaksud kesenangan untuk membancuh, menuang dan memadat, darjah kebolehkerjaan dinilai berdasarkan kesenangan diratakan dengan mudah, kemampuannya untuk memegang kuat pada permukaan yang menegak dan ketahanan terhadapnya lelehan semasa unit kerja binaan sedang dijalankan.
Kebolehkerjaan disifatkan suatu yang kompleks di mana melibatkan sifat kelekatan, kejelekitan, ketumpatan,kelelehan keplastikan dan kelikatan. Bagi kerja-kerja tersebut, seseorang yang berpengalaman mampu menentukan darjah kebolehkerjaan mortar tersebut. Semakin tinggi darjah kebolehkerjaan mortar itu, semakin rendah tenaga yang perlu digunakan bagi jumlah bahan yang sama.
c) Ketahanan Air
Ciri-ciri penahanan air bagi keplastikan mortar mencerminkan kemampuan bahan tersebut untuk menyimpan air campurannya apabila mengalami daya serapan. Ini adalah ciri penting bagi mortar kerana ciri ini memberikan kesan terhadap ciri-ciri mortar yang lain. Semakin tinggi sifat poros dan penyerapan air yang digunakan, semakin cepat mortar tersebut mengeras.
Oleh itu, mortar yang mempunyai sifat penyimpanan air yang tinggi akan memberikan rintangan terhadap penyerapan air oleh bata dan seterusnya memperlahankan proses pengerasannya berbanding dengan mortar hendaklah tinggi supaya akan sentiasa berada dalam keadaan lembut dan plastik.
d) Kekuatan mampatan
Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan mampatan sesuatu mortar ialah Jenis kualiti simen yang digunakan. Ini menunjukkan kekuatan mortar mempunyai hubungan langsung dengan nisbah bancuhan mortar. Pada kandungan simen yang tinggi, kekuatannya adalah tinggi begitu juga sebaliknya. Jenis simen seperti yang telah diterangkan sebelum ini juga mempengaruhi kekuatan mortar.
Bagi sesuatu mortar, kandungan air adalah agak tinggi kerana mortar diperlukan dalam kebolehkerjaan yang tinggi disamping mortar juga bersifat mampatan tersendiri. Namun begitu kandungan air yang terlalu tinggi akan mengurangkan kekuatan mampatan sesuatu mortar akibat lelehan yang terjadi. Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehkerjaan yang tinggi disamping kekuatan yang mencukupi, nisbah bancuhan disesuaikan disamping penggunaan bahan tambah.
Ujian terpenting bagi kekuatan mortar adalah kekuatannya terhadap beban mampatan dan kekuatan ikatan tegangan. Kekuatan mampatan boleh diukur dengan ujian ke atas kiub-kiub 75 X 75 X 75 mm3 untuk masa-masa pengawitan selama 7 dan 28 hari.
Mortar juga mempunyai kekuatan tegangan. Dalam struktur bata, tegangan terjadi sejurus setelah unit-unit bata mortar bertemu dan ikatan ini terus meningkat bersama-sama penghidratan simen. Kepentingan kekuatan tegangan mortar ialah dari segi kekuatan bata di mana ia menahan pengembangan sisi bata apabila beban dikenakan. Kekuatan ricih dalam mortar boleh diabaikan kerana lekitan dalam mortar adalah mencukupi. Cuma yang perlu diperhatikan ialah tegasan ricih yang terjadi antara permukaan mortar dengan unit-unit bata yang bersentuhan.
e) Ikatan tegangan
Kekuatan ikatan tegangan merupakan kekuatan lekatan yang berkembang di antara mortar dan bata. Mortar mestilah mempunyai kemampuan untuk meleleh dan bata tersebut mestilah mempunyai permukaan bata yang ingin diikat. Batu bata tersebut mestilah mempunyai permukaan tersebut.
Walaupun sebahagian daripada kekuatan ikatan tegangan berkembang serta-merta selepas bata dan mortar bersentuhan dan ikatan tersebut terus selari dengan penghidratan simen. Ikatan tegangan adalah penting bukan sahaja dari segi kekuatan malah turut membantu dalam menahan daya yang terhasil daripada isipadu dan suhu. Di dalam makmal kekuatan tegangan diukur dengan menentukan daya tegangan yang diperlukan untuk memisahkan lapisan bata yang telah dipasang.
f) Kelasakan
Kelasakan bagi mortar diukur daripada kemampuannya untuk menahan keadaan dedahan yang telah ditetapkan seperti angin, suhu dan serangan kimia. Mortar mungkin akan berhadapan dengan kerosakan kecil sepanjang tempoh perkhidmatan dinding bata tersebut. Penghidratan simen akan menghasil mortar yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dengan ciri-ciri penyerapan yang rendah serta kaupayaan yang tinggi di dalam menahan daya pengembungan air yang membeku.
Kandungan simen dan udara di dalam mortar memainkan peranan penting di dalam menentukan kelasakannya. Untuk menambah keupayaan lasaknya, udara yang terperangkap di dalam mortar akan digunakan untuk menghalang serangan-serangan hujan dan bahan-bahan kimia seperti sebatian-sebatian sulfat dan klorid. Oleh itu untuk menambah kelasakan sesuatu mortar, bahan tambah pemerangkap udara seperti ‘plastex’ digunakan.
Bahan-bahan tambah seperti kalsium klorid, kalsium karbonat selain mempunyai kebolehan Manahan air ia juga bertindak dengan simen dalam proses penghidratan dan menghasilkan ruang-ruang udara dalam mortar. Mortar yang lemah biasanya amat mudah diserang oleh tindakan kimia daripada mortar yang kuat. Dari itu, bagi keadaan dedahan yang kuat pengaruh cuaca dan keadaan persekitarannya, mortar yang kuat diperlukan.
g) Perubahan isipadu
Ciri-ciri pengecutan bebas bagi mortar adalah diukur di dalam makmal dengan menggunakan prisma berdimensi 25 mm x 25 mm x 282 mm. specimen tersebut diuji terhadap kekuatan dalam fungsi masa ke semasa bagi penyimpanan udara.
Setelah specimen kehilangan lembapan melalui sejatan, maka pengecutan akan berlaku. Segala maklumat tentang perubahan isipadu diperolehi secara penandaan relarif terhadap ciri-ciri pengecutan mortar dalam kerja binaan dan ini amat berguna di dalam menganalisis pergerakan dinding dan taburan tegasan dalam kerja binaan.
h) Rupa bentuk
Rupa bentuk keseluruhan bagi struktur kerja binaan adalah dipengaruhi oleh rupa sambungan mortar. Faktor-faktor yang menyumbang kepada rupa sambungan mortar teramasuklah keseragaman warna dan perubahannya, keseragaman tekstur dan ketebalannya.
Warna dan perubahan bagi sambungan disebabkan oleh kandungan kelembapan mortar, bahan tambah mortar, keadaan atmosfera atau cuaca dan keseragaman nisbah campuran mortar. Keseragaman yang baik bagi tekstur adalah bergantung kepada pengukuran yang teliti semasa menisbahkan bahan-bahan binaan mortar semasa penggaulannya.
i) Keanjalan
Secara amnya, mortar lebih cenderung untuk berubah bentuk bila dikenakan beban paksi terhadapnya. Mampatan pugak mortar akan diikuti oleh pengembangan sisinya akan menjadi lebih besar dalam bata dari pengembangan yang terjadi pada bata. Bila kedua-duanya terikat bersama, bata dan mortar dipaksa untuk mengalami keterikan bersamanya menyebabkan bata bergerak di dalam keadaan tegangan yang mana pada keadaan tegangan yang tinggi, keretakan akan berlaku dan seterunya akan gagal.
Hubungan tegasan terikan untuk mortar secara amnya menunujukkan ciri-ciri plastik yang berbeza. Ketiadaan hubungan lelurus antara tegasan dan keterikan, menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan nilai modulus keanjalan yang tepat untuk sesuatu mortar. Misalnya untuk bancuhan mortar 1:1:6 (simen : batu kapur : pasir), nilai Em nya ialah diantara 2.8 ke 4.2 Kn/MM2 dan campuran 1:1/4:3 nilainya adalah antara 10.0 ke 14.0 Kn/MM2.
Satu cara yang mudah untuk mendapatkan modulus keanjalan mortar ialah dengan cara ‘Ujian Elektrodinamik’. Ujian ini dijalankan dengan meletakkan satu prisma mortar di antara dua terminal ke terminal satu lagi. Dengan mendapatkan nilai ulangan getaran dari masa yang dicatitkan oleh alat ini, menggunakan hubungan di bawah :
Em = 4L2 p f2
Dimana, Em ialah modulus dinamik mortar (N/mm2)
L ialah panjang prisma mortar (m)
p ialah ketumpatan mortar (kg/m3)
f ialah ulangan getaran (c/s)
modulus dinamik mortar dapat dikira
Bagaimanapun, kelakuan keanjalan mortar melalui ujian dan di dalam keadaan sebenar adalah agak berlainan. Dalam keadaan sebenar, setiap permukaan mortar adalah terikat. Namun begitu kesan ini adalah kecil dan boleh diabaikan.
3.6 DEFINISI KERJA BATA
Kerja bata merupakan satu bahan rencam kerana ia dibina daripada bahan yang tak homogen. Ia adalah dibuat daripada gabungan dua bahan iaitu batu bata dan mortar secara asalnya. Dalam kerja bata, batu bata bertindak sebagai unit bangunan manakala mortar pula bertindak sebagai sambungan. Oleh itu, kegagalan kerja bata boleh disebabkan oleh kegagalan pada bata atau mortar secara individu atau gabungan kedua-dua elemen tersebut dengan sebab-sebab yang berbeza dan munasabah. Dengan lain perkataan, kegagalan kerja bata bukan sahaja dipengaruhi oleh sifat-sifat dalaman pada bahan tetapi juga dijejaskan oleh faktor-faktor luaran seperti alam sekitar dan individu.
Seperti konkrit kerja bata adalah kuat dalam menanggung daya mampatan tetapi lemah dalam menanggung daya tegangan. Secara umunya, kekuatan mampatan kerja bata adalah bergantung kepada jenis bata dengan red mortar yang digunakan. Sebagai contohnya penggunaan bata yang berkualiti tinggi dari segi kekuatan akan menghasilkan kerja bata yang berkekuatan tinggi. Memandangkan kerja bata adalah lemah dalam tegangan maka selalunya direkabentuk dan dibina sebagai struktur galas beban pugak yang akan menanggung tegasan mampatan secara khususnya.
3.7 JENIS IKATAN BATA
Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan inggeris dan ikatan Flemish.
3.7.1 Ikatan sisi bata
Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata (½ bata) atau 112.5 mm. ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapannya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggungan yang tinggi. Oleh sebab itu ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landas, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang di sokong.
Gambar 3.11: Ikatan sisi bata, pandangan tegak hadapan
3.7.2 Ikatan kepala bata
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada pembinaan asas atau tembok yang berbentuk bulat atau melengkung. Unit-unit batu bata dalam semua lapisan disusun dalam arah melebar.
Gambar 3.12 Ikatan kepala sisi bata, pandangan hadapan
3.7.3 Ikatan inggeris
Ini adalah sejenis ikatan yang meluas digunakan. Ikatan inggeris disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti dengan satu lapisan sisi bata berselang-seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kerja bata. Kegunaan bata penutup setengah ini ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata dibahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan.
Dalam ikatan ini susunannya mengandungi lapisan sisi bata dan kepala bata berselang-seli. Bata penutup setengah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya.
Gambar 3.13 ikatan inggeris, pandangan hadapan
3.7.4 Ikatan Flemish
Ikatan flemis mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang-seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mesti ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya supaya mewujudkan lekap yang seragam iaitu suku bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘flemish kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan inggeris, maka ianya dinamakan “Flemish Tunggal”.
Kelemahan ikatan Flemish ialah tembok yang dibina dengan ikatan ini menpunyai sambungan tegak yang berterusan di dalam tembok dan mengakibatkan kurang keupayaan menanggung beban yang berat.
Ikatan ini juga memerlukan banyak bata kerat setengah terutamannya dalam Flemish kembar di mana kedua-dua permukaan hadapan dan belakang menunjukkan susunan Flemish. Kegunaan bata kerat yang banyak menambahkan kerja memotong serta membazirkan bata.
Kelebihannya pula, ikatan ini dapat menghasilkan kedua-kedua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa. Ikatan Flemish mengandungi bata sisi dan kepala bata disusun berselang-seli dalam lapisan yang sama.
Gambar 3.14 Ikatan Flemish, pandangan hadapan
3.8 BLOK SIMEN/ BLOK KONKRIT
Kegunaan blok simen/konkrit kini kian meningkat kerana ia lebih murah dari segi harganya dan boleh diikat dengan lebih cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya, mengikat sebuah blok 450mm x 225mm x 100mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa. Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konkrit berudara.Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS 2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya.Dalam pembinaan tempatan, terdapat tiga jenis Blok yang di gunakan iaitu:
Blok Padu
Blok padu ini boleh dibuat dengan konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara (aerated concrete). Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75% isipadu blok dari dimensi keseluruhannya.
Gambar 3.15 Blok padu
Blok berongga
Blok berongga mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isi padu bahan padatnya antara 50-75% isipadu dari dimensi keseluruhannya.
Gambar 3.16 Blok Berongga
Blok bersel
Blok bersel mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-75%. Blok bersel selalunya diterapkan dengan menghalakan lubangnya ke bawah supaya permukaannya yang rata menghala ke atas untuk menerima mortar dengan senang.
Gambar 3.17 Blok Bersel
Saiz blok
Blok boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatannya mengikut yang terdapat dalam BS 2028. Merujuk jadual di bawah blok dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.
Blok
Panjang x tinggi (mm) (saiz kerja)
Tebal (mm) (saiz kerja)
A
(ketumpatan: > 1500 kg/m)
B
(ketumpatan: < 1500 kg/m)
C
(ketumpatan: < 1500 kg/m)
390 x 90
390 x 190
440 x 225
390 x 90
390 x 190
440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215
390 x 190
440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215
75,90,100,140,190
140,190
75,90,100,140,190,215
75,90,100,140,190
60,75
Jadual 3.18 : Blok dan ukuran
Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal yang dikembangkan, sanga (slag) dan sebagainya. Ketumpatannya kurang daripada 1500 kg/meter padu. Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan.
Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai ketumpatan melebihi 1500 kg/meter padu. Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul.
Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebat yang baik. Blok ini dihasilkan daripada simen, pasir,abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ini ringan dan berpenebatan baik.
Selain dari blok-blok yang tersebut di atas, blok liang udara juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam pembinaan lubang udara tembok.
Gambar 3.19 Blok Berliang
3.8.1 KELEBIHAN KONKRIT BLOK BERONGGA ( CONCRETE HOLLOW BLOCK)
Setiap bahan yang dihasilkan mempunyai kelebihan masing-masing, contohnya konkrit blok berongga, secara umunya kualiti pengeluaran blok ini sangat terjamin kualitinya ini kerana bahan ini dikeluarkan di kilang dan sudah tentu kawalan pembuatannya adalah sangat baik selain daripada itu pengawalan teknikalnya juga adalah terjamin. Pekerja yang terlibat dalam proses pengeluaran blok ini adalah sangat mudah untuk dilatih ini kerana mereka hanya perlu memantau dan mengendalikan mesin atau alat yang digunakan untuk pembuatan blok ini, jelaslah pembuatanya tidak mengunakan tenaga kerja manusia, kerana semuanya mengunakan mesin atau peralatan khas membuat blok ini. Selain kelebihan dari segi kualiti, kelebihan dari segi bentuk konkrit blok berongga yang mempunyai saiz bentuk yang seragam, ini kerana pembinaannya yang mengunakan acuan, konkrit yang telah siap dibancuh akan dituang didalam acuan untuk dikeraskan, dengan itu semua jenis konkrit blok berongga mempunyai saiz yang sama. Blok ini juga mudah didapati kerana bahan-bahan yang digunakan adalah sangat banyak di Negara ini, berbanding daripada bata tanah liat, bahan yang digunakan adalah sukar untuk diperolehi dan hanya terdapat beberapa tempat sahaja yang mempunyai jenis tanah liat ini.
3.8.2 KELEMAHAN KONKRIT BLOK BERONGGA ( CONCRETE HOLLOW BLOCK )
Kelemahan dalam pengunaan konkrit blok ini ialah bahan ini mudah untuk rosak jika tidak dikendalikan dengan cermat oleh itu bahan ini perlu dijaga dengan cermat bagi mengelakkan kerosakan pada konkrit blok. Perkara ini selalunya terjadi semasa proses penghantaran konkrit blok ke tapak bina.
Selain itu bahan ini sangat sukar untuk diletakkan kelapisan yang seterusnya, kerana saiz nya yang terlalu besar dan memerlukan kedua belah tanggan untuk mengangkat konkrit blok ini ke lapisan baru.
Selain itu konkrit blok berongga ini tidak sesuai dijadikan sebagai dinding tanggung beban, jika dibandingkan dengan penggunaan bata tanah liat yang mempunyai daya tanggung beban yang tinggi.
BAB 4
4.1 LATAR BELAKANG PROJEK RPR TAMAN PERMAI FASA 23 (156 UNIT)
Gambar 4.1 Rumah teres
Projek Rumah Teres – Satu Tingkat di RPR Taman Permai projek Fasa 23 Lot 8066-8145, Blok 10, Kuala Baram L.D Permyjaya, Bandar Baru Permyjaya Tudan Miri Sarawak. Projek yang sedang dibina ini merupakan projek tahap ke-lima di Taman Permai Miri. Pembinaan tahap ini sebanyak 156 unit buah rumah teres. Rumah yang dibina berkonsepkan rumah kos sederhana, yang bertujuan dibina kepada orang awam dan boleh dimiliki oleh sesiapa tanpa mengira taraf.
Pembinaan rumah ini terbahagi kepada tiga jenis rumah teres yang terdapat dalam pembinaan ini, dengan keluasan rumah yang berbeza, seperti rumah dibahagian tepi (Corner) dengan keluasan ruang 8.9 point onward, manakala rumah tepi bahagian tenggah (Inter corner) dengan keluasan ruang 6.0 point dan akhir sekali rumah di bahagian tengah (Intermediate) dengan keluasan ruang 1,517 SQ.F.
Oleh kerana pembinaan rumah teres ini terdapat tiga bahagian maka harga penjualan juga berbeza mengikut keluasan rumah. Harga bagi rumah dibahagian tepi (Corner) ialah RM143, 888, manakala rumah teres di tepi bahagian tenggah (Inter corner) RM138, 888, dan rumah dibahagian tenggah (Intermediate) berharga RM118, 888.
Lokasi kedudukan rumah teres yang sangat strategik dengan kemudahan infrastruktur seperti pasar tani (E-Mart), Klinik Kesihatan Tudan, Tabika Perpaduan, SRK Chung Hua Tudan, Curtin University, SMK Merbau, SRK Merbau, IKBN, ILP, Go-Kart Stadium dan kemudahan lain-lain seperti Maybank dan Pejabat Pos.
Pembinaan rumah ini merupakan pembinaan peringkat ke lima bagi RPR II Taman Permai Bandar Baru Permyjaya, Tudan Miri. Dalam pembinaan ini terbahagi kepada dua peringkat pembinaan lagi, iaitu peringkat pertama sebanyak 76 unit rumah teres dan pada peringkat kedua sebanyak 80 unit.
Projek ini bermula pada 11 Mac 2008, kerja pemancangan bermula pada 1 June 2008, dan pada 18 Jun 2008 kerja menanam cerucuk kayu bakau,dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Dalam projek rumah teres sebanyak 76 unit telah siap sepenuhnya pada bulan Mac 2009, dan seterusnya pembinaan 80 unit masih dalam pembinaan.
Gambar 4.2 Masterplan Bandar Baru Permyjaya
Gambar 4.3 Plan Taman Permai 23
Gambar 4.4 Proposed Single Storey Terrace House Design
Gambar 4.5 Wall Up Area: 760 Square FeetSheded Area: 850 Square Feet
Gambar 4.6 Kemudahan dan pembangunan yang terdapat disekitar kawasan pembinaan RumahTeres Taman Permai
Dalam projek ini adalah mengunakan kontrak turnkey, Dalam projek turnkey, banyak tugas dan tanggungjawap akan diserahkan kepada pihak kontraktor. Segala risiko akan dihadapi oleh pihak kontraktor Cara yang wajar untuk menguruskan risiko ini dengan menghubungi para ahli ikhtisas bagi membantunya dalam penyediaan dan perlaksaan projek. Pihak majikan juga bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak kontraktor serta cuba menyelesaikan masalah yang mungkin timbul semasa projek turnkey sedang dijalankan.
Kebaikan menggunakan pendekatan turnkey dapat mengunakan penglibatan majikan secara terus mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan masalah teknik, kecepatan dan pengawalan Kos pembinaan secara keseluruhan. Penyediaan awalan, iaitu merekabentuk serta kerja-kerja pengurusan. Ada dua faktor utama yang menyebabkan konsep turnkey diketengahkan, iaitu keperluan dan permintaan serta desakan yang semakin meningkat terhadap projek-projek yang sudah di dalam perancangan daripada pihak-pihak yang tertentu, serta kekurangan dari segi kepakaran teknikal serta sumber tenaga pekerja.
Adalah diharapkan dengan menggunakan pendekatan turnkey ini pihak para kontraktor dan perunding dengan kepakaran serta pengalaman yang sedia ada sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4.2 PIHAK YANG TERLIBAT
MAJIKAN
Majikan adalah individu atau badan yang menghendakkan sesuatu projek dilaksanakan. Kewajipan utama majikan ialah untuk membuat bayaran kepada kontraktor bagi kerja-kerja yang berkaitan. Majikan bagi projek ini ialah :
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)
Wisma Sultan Tengah
Lot 1464 RPR
Jalan Sukma Petrajaya
93050 Kuching
Sarawak.
Website: www.hdc.sarawak.gov.my
Tel: O82-444381 Fax: 082-448133
KONTRAKTOR
Kontraktor yang dipertanggunjawapkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja –kerja yang dinyatakan di dalam dokumen kontrak. Kontraktor yang menjalankan projek ini adalah merupakan anak syarikat NAIM CENDERA iaitu:
TOTAL RELIABILITY SDN BHD
Lot 889, Block 9 MCLD,
Miri Waterfront Commercial Centre,
Jalan Permaisuri, 98000,
C.D.T 197,98009 Miri
Sarawak
Website: www.naimcendera.com Email: cendera@po.jaring.my
Tel: 085-434801 Fax: 085-434804
SUBKONTRAKTOR DOMESTIK
Subkontraktor yang dipilih dan diambil bekerja oleh kontraktor sendiri. Amalan ini biasanya dibenarkan majikan terlebih dahulu, semua subkontraktor ini tiada hubungan kontrak dengan majikan.
PERUNDING MALCA SDN BHD
1st Floor, Lot 429, Section 62,
Lorong 9,Jalan Ang Cheng Ho,
93100 Kuching,
Sarawak.
Email: malca@po.jaring.my
Tel: 082-255425 Fax: 082-241389
ARKITEK
Dalam projek lazimnya, perunding professional yang utama adalah arkitek. Dia bertanggungjawap terhadap reka bentuk. Secara am nya ialah menghasilkan kehendak majikan secara reka bentuk, menyediakan pelan-pelan awalan dan lukisan perincian. Arkitek yang terlibat dalam projek ini ialah :
A F F R I N
ARCHITECTURE & ASSOCIATES SDN BHD
194-G, 1st Floor, Al-Idrus Commercial Centre,
93400, Kuching, Sarawak.
Email: affrinar@gmail.com
Tel: 082-423821 Fax: 082-429651
4.3 TUGAS-TUGAS DALAM PROJEK
Dalam pengurusan projek, tugas ini diserahkan kepada Juruteknik. Juruteknik akan menjalankan tugas membantu Jurutera dalam memantau kerja-kerja pembinaan atau penyelengaraan di tapak. Selain itu membuat pengesahan kerja di tapak bina untuk tuntutan kamajuan pihak kontraktor ini bagi memastikan kerja dalam perlaksaan dijalankan mengikut spesifikasi dan lukisan yang telah diluluskan. Juruteknik juga akan membuat laporan berkenaan masalah-masalah di tapak bina kepada Jurutera / Pengurus Wilayah untuk diselesaikan dengan segera. Penglibatan juruteknik juga menghadiri dan menjadi saksi untuk ujian ke atas bahan-bahan binaan contohnya ujian mampatan dan ujian penurunan atau ujian yang relevan serta membuat laporan untuk Jurutera. Juruteknik juga diarahkan untuk membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti dalam kerja pembinaan.
4.4 SKOP PROJEK
Pembinaan rumah kediaman yang berkos sederhana merupakan aktiviti utama yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan. Bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal kepada penduduk.
BAB 5: KAJIAN KES KONKRIT BLOK BERONGGA (HOLLOW BLOCK CONCRETE)
5.1 PENGENALAN
Konkrit Blok berongga merupakan bahan yang digunakan dalam pembinaan bagi struktur dinding, hollow block merupakan bahan blok yang berlubang. Pengunaannya juga sesuai bagi projek ini dalam pembinaan rumah teres. Dimana dinding rumah ini tidak menanggung bebanan yang terlalu berat, dinding ini hanya menyebarkan beban bagi struktur bumbung kepada asas.
Terdapat tiga jenis konkrit blok yang di gunakan dalam projek ini, setiap jenis konkrit blok ini digunakan bagi tempat yang berasingan kerana masing-masing mempunyai peranan atau fungsi dalam pembinaan ini.antaranya ialah konkrit blok berongga bagi dinding pemisah (party wall)dan tahan daya rintangan api, dan daya lain.dan juga konkrit blok berongga bagi dinding biasa. Perbezaan ini dibuat mengikut fungsi sesuatu bahan, contohnya konkrit padu digunakan pada bahagian 1 meter dari lantai tandas, ini kerana bahagian ini akan lembap dan penggunaan blok padu adalah sangat baik. Manakala pengunaan konkrit blok berongga mempunyai 2 saiz yang berbeza, bagi pembinaan dinding pemisah (party wall) mengunakan saiz blok yang lebih besar daripada saiz blok bagi pembinaan dinding biasa rumah.
180 mm
200 mm
380 mm
Gambar 5.1 Dimensi : Blok Berongga (Party Wall)
190 mm
90 mm
380 mm
Gambar 5.2 Dimensi: Blok Berongga (Dinding)
65 mm
90 mm 200 mm
Gambar 5.3 Dimensi: Blok Padu (Dinding)
Gambar 5.4 Blok Berongga (Party Wall)
Gambar 5.5 Blok Berongga (Dinding)
Gambar 5.6 Blok Padu (Dinding)
5.2 JENIS IKATAN BATA
Gambar 5.7 Ikatan Sisi Bata
Jenis ikatan yang digunakan dalam projek ini ialah ikatan sisi bata, ikatan ini sangat sesuai bagi pembinaan dinding rumah. Ikatan ini juga mudah dan cepat untuk dibina.
Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Kasa exmet akan diletakkan selari dengan lapisan konkrit blok pada tiap-tiap lapisan yang ketiga atau keempat dalam sambungan mortar. Ikatan sisi bata ini akan menjadi lebih teguh dan kuat bagi menahan daya rintangan yang wujud contohnya daya yang mendatar dan menegak.
5.3 CARA PEMASANGAN KONKRIT BLOK BERONGGA
1. Sebelum memulakan kerja menyusun konkrit blok berongga, setting out perlu dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan kedudukan atau ketingiaan yang diperlukan untuk kerja menyusun blok, ini juga bagi memudahkan kerja penyusunan dilakukan. Setting out dibuat dengan mengunakan benang bersama pin/paku.
2. Kerja penyusunan konkrit blok berongga perlu disusun secara mendatar dan tepat.lapisan pertama disusun dengan mengunakan ikatan sisi bata. Lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu blok setengah diikuti dengan blok sisi penuh.
3. Setiap lapisan konkrit blok berongga perlu diselang-selikan dari satu sama yang lain.
4. Mortar mestilah dilekatkan pada tepi blok yang akan diikat itu terlebih dahulu, begitu juga dengan sambungan mendatar.
5. Pastikan campuran mortar mesti mengikut nisbah spesifikasi yang telah ditetapkan.
6. Dinding blok ini mestilah dalam keadaan menegak.
7. Bonding mesh (kasa exmet) perlu diletakkan tiap-tiap lapisan yang ketiga atau keempat dalam sambungan mortar.
8. Lapisan tadi diulang sehinggalah siap menjadi dinding.
5.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGUNAAN HOLLOW BLOCKS KONKRIT(KONKRIT BLOK BERONGGA) DALAM PROJEK
Kelebihan
Kelebihan pengunaan konkrit blok berongga dalam projek ini antaranya ialah harga konkrit yang murah berbanding bata tanah liat. Harga bagi sebiji konkrit blok berongga yang bersaiz besar untuk pembinaan party wall ialah RM 2.50, bagi konkrit blok berongga untuk dinding biasa RM 1.80, dan bata konkrit padu RM 0.35. berbanding dengan bata tanah liat, harga bagi sebiji bata ialah RM 0.45 iaitu lebih mahal.
Selain itu juga saiz bata tanah liat yang bersaiz kecil dan memerlukan kuantiti yang sangat banyak untuk pembinaan satu ruang, berbanding dengan pengunaan konkrit blok berongga yang bersaiz besar tentulah tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk sesuatu ruang. Ini dapat dibuktikan dengan Penggunaan bata dalam 1 meter square , bagi bata tanah liat memerlukan 75 biji bata, manakala konkrit blok berongga untuk party wall memerlukan 18 biji blok berongga, seterusnya konkrit blok berongga untuk dinding biasa hanya memerlukan 15 biji sahaja. Maka terbuktilah bilangan bata tanah liat lebih banyak berbanding penggunaan konkrit blok berongga.
Seterusnya masa pembinaan lebih cepat mengunakan konkrit blok berongga jika dibandingkan dengan bata tanah liat, kerana saiz yang terlalu kecil mengambil masa yang lama iaitu dalam 2 hari untuk satu dinding manakala bagi blok hanya sehari sahaja untuk mengikat dan menyiapkan bagi sesuatu ruang.
Penggunaan mortar yang sedikit, kerana mortar hanya dilekatkan pada bahagian tepi konkrit blok berongga sahaja, berbanding dengan bata tanah liat, mortar dilekatkan diseluruh permukaan bata. Kuantiti mortar yang digunakan bagi konkrit blok hanya 2 bucket sahaja. Manakala bata tanah liat memerlukan lebih banyak mortar.
Konkrit blok berongga yang bersifat lambat menyerap haba, dengan itu penggunaan konkri blok berongga bagi sesuatu ruang adalah tidak panas, ini kerana sifat konkrit yang tidak panas ditambah dengan ruang kosong di dalam blok tersebut mengelakkan haba terperangkap didalam blok.
Dari segi kekuatan juga adalah sangat baik bagi pembinaan projek ini kerana dinding ini tidak berfungsi sebagai dinding tanggung beban, dinding hanya menyebarkan beban bumbung kepada tiang dan seterusnya kepada asas.
Daya rintangan bunyi juga adalah sangat baik, pemantulan bunyi berlaku dalam ruang tersebut sahaja dan tidak akan terpantul keluar. Ini memberi keselesaan persendirian kepada penghuni rumah tersebut.
Kelemahan
Kelemahan pengunaan konkrit blok berongga ini ialah dari segi daya rintangan api, blok berongga hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja, jika dibandingkan dengan bata tanah liat yang tahan pada rintangan api selama 4 jam. Tetapi penggunaan konkrit blok berongga ini masih lagi dalam kelulusan pihak berkuasa, selain itu juga pembinaan rumah teres ini adalah selamat dan tidak memerlukan daya rintangan yang lama kerana rekabentuk rumah teres yang selamat dan mudah untuk penghuni menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
Dari segi kekuatan jika dibandingkan dengan bata tanah liat, adalah lebih baik menggunakan bata tanah liat bagi pembinaan bangunan yang tinggi. Sekiranya ingin mengunakan konkrit blok berongga dalam pembinaan bangunan tinggi maka kos pembinaan akan meningkat dimana blok berongga perlu menggunakan besi tetulang dan bancuhan konkrit yang banyak untuk dituang kedalam blok bagi menguatkan struktur dinding tersebut.
Konkrit blok berongga perlu dikendalikan oleh buruh yang berkemahiran, selalunya perkara ini diambil kira dalam kerja pemotongan blok, sekiranya buruh tersebut tidak mempunyai kemahiran ini, maka pemotongan blok tidak akan sempurna ini akan mengurangkan nilai estetika blok tersebut.
BAB 6
PERBINCANGAN
Masalah-masalah yang timbul dalam pembinaan adalah perkara biasa terjadi, dan selalunya akan terjadi dalam industri pembinaan. Ada pelbagai masalah yang akan timbul dalam pembinaan contohnya masalah kualiti bahan, bahan tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan, contohnya kilang pengeluaran tidak menjaga kualiti bahan yang dikeluarkan, tidak mengikut proses pengeluaran yang sebenar atau bahan tidak mencukupi. Selain dari proses pengeluaran, bahan campuran dikurangkan untuk menjimatkan kos, selalunya pekilang hanya mementingkan keuntungan daripada kualiti.
Tetapi masalah ini terjadi bukan sahaja kerana kualiti bahan, tetapi kerosakan bahan binaan terjadi disebabkan oleh kemahiran buruh yang kurang mahir untuk mengendalikan bahan tersebut begitu juga dengan kesalahan buruh dalam melakukan kerja pembinaan.
Seperti yang kita tahu konkrit blok berongga merupakan bahan yang diperbuat daripada campuran simen,air dan batu kuari(halus), Ini sudah menunjukkan bahan ini perlu dikendalikan dengan sempurna dan memerlukan buruh yang mahir untuk mengendalikan konkrit blok tersebut contohnya semasa melakukan kerja pemotongan konkrit blok, sekiranya buruh tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam pemotongan konkrit blok, ini akan menyebabkan konkrit blok tadi rosak dan bentuknya juga akan berubah menjadi tidak sempurna, ini akan mencacatkan pembinaan.
Seterusnya berkenaan dengan masalah cuaca, untuk mengelakkan bahan tersebut terdedah dengan masalah cuaca bahan binaan akan disimpan di dalam stor penyimpanan bahan ini bagi menjaga kualiti bahan tersebut.
Selain itu kemahiran mengikat bata juga adalah penting.Jika dilihat dari mata kasar kerja mengikat bata adalah kerja mudah tetapi bukan semua buruh boleh melakukan dengan baik, selalunya yang menimbulkan masalah dalam mengikat bata ialah ketika meletakkan simen mortar sebagai pengikat antara bata. Perkara ini adalah merupakan masalah yang biasa berlaku dalam pembinaan terutamanya dalam pembinaan bata tidak kiralah apa jenis bata yang digunakan dan jenis ikatannya.
6.1 PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI TAPAK BINA
Gambar 6.0 Pemotongan konkrit Blok yang tidak sempurna
Pemotongan konkrit yang tidak sempurna mencacatkan rupabentukdan saiz blok, perkara ini jika dibiarkan akan menjadi lebih serius dimana kekuatan struktur juga akan berkurang kerana ada terdapat ruang kosong.
Gambar 6.1 Perletakan mortar yang tidak sekata
Mortar tidak diletakkan dengan sekata, dimana ada terdapat bahagian yang bata yang mempunyai jarak yang besar dan ada juga yang kecil, perkara ini juga akan menimbulkan masalah kepada struktur dinding jika dibiarkan dan menunjukkan kerja pembinaan yang tidak berkualiti.
6.2 PENYELESAIAN KEPADA MASALAH YANG BERLAKU DI TAPAK BINA
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku di tapak bina ialah dengan mengunakan buruh yang benar-benar mahir dalam kerja pemotongan bata, buruh perlu diberi latihan untuk mengendalikan kerja pemotongan blok. Selain itu juga penyediaan peralatan yang lengkap dan mencukupi akan menjadikan kerja pemotongan lebih sempurna dan cantik. Begitu juga dengan kerja melekatkan mortar yang tidak sempurna, seharusnya mortar perlu dilekatkan mengikut ketebalan yang telah ditetapkan oleh spesifikasi. Sekiranya kerja pembinaan mengikut speksifikasi maka tidak akan terjadi masalah seperti diatas tadi.
Walaupun mengalami masalah kemahiran buruh yang yang kurang mahir untuk mengedalikan kerja konkrit blok tetapi masalah ini bukan menjadi masalah yang besar kerana hanya tempat tertentu sahaja yang mengalamnya, dan masalah ini juga diatasi dengan mengenakan plaster yang sempurna. Maka ikatan blok tadi akan menjadi teguh dan meningkatkan kekuatan dinding tersebut.
6.3 CADANGAN
Cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti kerja dalam kerja pemotongan blok dengan mengunakan. Mesin gergaji (electric chain saw).
Gambar 6.2 Electric chain saw
Selain itu juga cuba menggunakan kemahiran baru yang terdapat di luar Negara contohnya dengan penggunaan “joint spacers” yang berfungsi sebagai ukuran ruang yang sekata kepada lapisan konkrit blok. Cara pengunaannya ialah dengan memasukkan “joint spacers” di dalam mortar yang telah dilekatkan tadi. Penggunaan bahan ini dapat mengatasi masalah perletakan mortar yang tidak sekata dan mengukur jarak yang tepat antara lapisan konkrit blok bawah dan lapisan konkrit blok yang baru diatasnya.
Gambar 6.3 Joint spacer
6.4 KESIMPULAN
Dalam pembinaan ada terdapat banyak jenis bahan-bahan yang boleh digunakan, dan pemilihan bahan juga berdasarkan sifat-sifat bahan tersebut, fungsi binaan dan kegunaannya. Selain daripada itu pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bahan untuk sesuatu binaan tersebut, contohnya dari segi kos, sumber, dan jenis projek. Kesimpulan yang dapat dihuraikan dalam penggunaan bahan konkrit blok berongga ini adalah sangat sesuai digunakan dalam projek perumahan yang berkos sederhana selain itu juga rekabentuk yang sangat mudah dan tidak menghadapi bebanan yang besar dalam struktur binaannya. Projek ini juga adalah merupakan satu projek yang sangat baik dan tidak menimbulkan banyak masalah dalam industri pembinaan. Walaupun konkrit blok ini mempunyai kekurangan dalam pembinaan tetapi masalahnya bukanlah sangat serius dalam binaan tersebut, kerana masalah ini masih boleh diatasi dengan pelbagai cara, dan bahan ini juga lebih banyak memberi kebaikkan kepada binaan tersebut. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab 5. Oleh yang demikian pemilihan bahan perlu menepati dengan rekabentuk sesuatu binaan supaya binaan tersebut tidak mengalami masalah setelah siap dibina, ini juga mementingkan keselesaan dan keselamatan penghuni yang mendiami rumah tersebut.
RUJUKAN
Laman Web :
http://www.leedbrickandblock.com/2006/10/
http://www.Blockandbrickspacer.com
http://www.yahoo.com
http://www.hdc.sarawak.gov.my
http://www.youtube.com
http://environment.uwe.ac.uk/video/cd_new_demo/Conweb/walls/blocks/print.htm
Buku Rujukan :
TAN BOON TONG Teknologi Bangunan,2000
Hornbostel, Caleb. Construction Materials, 2nd Edition. John Wiley and Sons, Inc., 1991.
APPENDEX
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment