Sunday, April 13, 2008

KONKRIT

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan

Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan dan air
Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.

No comments: